Searching...

Personaliti Ekstrovert, Introvert Dan Ambivert

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Berkenaan dengan entri yang lepas, ada diterangkan secara perbandingan mengenai peramah vs persendirian yang mempunyai kaitan dengan personaliti seseorang yang bersifat secara ekstrovert dan introvert. Kali ini, personaliti tersebut akan diterangkan dengan lebih terperinci baik secara visual mahupun dalam dunia yang nyata untuk menentukan anda tergolong dalam status biasa atau luar biasa. Secara visual, ekstrovert diibaratkan sebagai sebuah satelit yang mengumpul maklumat dari jarak jauh dengan begitu banyak dan menerima maklumat tersebut. Kemudian selebihnya dipantulkan ketempat lain. Berbeza pula dengan introvert, ia diibaratkan sebagai sebuah aerial yang menerima maklumat dari jarak dekat dan tidak pula dipantulkannya ke tempat lain.

Personaliti Ekstrovert, Introvert Dan Ambivert

Personaliti seseorang individu dapat dikategorikan kepada tiga iaitu personaliti ekstrovert, introvert dan ambivert. Personaliti ekstrovert merupakan seorang individu yang lebih suka kepada dunia luar berbanding dunia dalam. Individu yang mempunyai sifat ini biasanya terdiri daripada golongan yang agresif atau aktif di mana mereka suka melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sosial. Mereka menyokong kepada perubahan dan bersifat optimis. Namun mereka ini tidak boleh diharapkan kerana mereka tidak suka terikat kepada sesuatu keadaan atau peraturan.

Berbeza pula dengan personaliti introvert, individu yang mempunyai personaliti ini adalah orang yang bersifat pasif, emosional, pendiam dan kurang bersosial. Mereka lebih suka melakukan dan menyiapkan kerja secara individu tanpa mengharapkan bantuan daripada orang lain. Mereka mempunyai sifat yang serius, pemalu, tidak mempunyai cita-cita yang tinggi dan kurang mengambil inisiatif. Mereka juga kurang selesa terhadap perubahan tetapi suka kepada sistem hidup yang teratur atau sistematik. Oleh yang demikian, mereka ini biasanya selalu mengikut peraturan yang ditetapkan dan mempunyai disiplin yang tinggi.


Jika dikaji dengan sebaik-baiknya, sebenarnya tiada individu yang terdiri daripada salah satu sifat-sifat di atas tetapi setiap individu itu mempunyai kedua-dua ciri-ciri personaliti tersebut kerana mereka akan menunjukkan tingkah laku berdasarkan keadaan atau situasi pada satu-satu masa tertentu. Apa yang membezakan ialah kadang-kadang individu dipengaruhi secara dominan daripada salah satu sifat di atas. Gabungan di antara kedua-dua ciri-ciri ini dinamakan personaliti ambivert di mana ia merupakan seorang yang aktif tetapi sensitif, suka berkawan tetapi memilih bekerja berseorangan, bertutur lancar tetapi berfikir sebelum bercakap atau memberi pendapat.

Di bawah saya senaraikan personaliti yang anda rasa pernah alami, sekiranya anda yakin bahawa personaliti tersebut pernah anda lalui, maka bolehlah anda nyatakan di ruang kotak komen di bawah artikel ini.


Personaliti Ekstrovert

  1. Saya mempunyai ramai sahabat handai.
  2. Saya tidak suka berseorangan dalam satu tempoh yang panjang.
  3. Saya suka bercakap bagi menjadikan proses pengembangan idea menjadi lebih baik.
  4. Kadangkala saya perlu memantau diri daripada terlalu banyak bercakap bagi memberi peluang kepada orang lain berkongsi.
  5. Saya selesa berjumpa dengan orang lain.
  6. Saya rasa bertenaga sekiranya dapat melakukan aktiviti yang melibatkan secara berkumpulan.
  7. Pada kebanyakan orang, saya seorang yang peramah.
  8. Saya gemar bercakap.
  9. Saya suka menjadi pusat perhatian.
  10. Saya mempunyai idea berbicara walaupun orang yang ditemui adalah kenalan baru.

Personaliti Introvert

  1. Saya gemar menghabiskan masa bersendirian.
  2. Saya lebih cenderung mempunyai beberapa kawan baik berbanding ramai kawan.
  3. Saya lebih gemar menunggu disapa oleh orang lain.
  4. Saya kurang selesa apabila bersama orang ramai terutamanya dalam sesuatu majlis.
  5. Kebanyakan orang menganggap saya seorang yang pemalu.
  6. Saya tidak suka bersama dengan orang dalam tempoh yang panjang kecuali bila ada kepentingan peribadi.
  7. Saya berfikir terlebih dahulu sebelum bercakap. Kadang-kadang saya teragak-agak untuk bercakap.
  8. Saya lebih gemar melakukan tugasan yang diberikan secara bersendirian berbanding berkumpulan.
  9. Saya memilih dalam berkawan.
  10. Saya tidak suka menjadi pusat perhatian. Kadang-kadang ia membuat saya menjadi 'nervous'. 

Personaliti Ambivert

Kalau anda dalam kecenderungan ciri-ciri personaliti ambivert, maknanya anda terlalu bertuah kerana dapat menyeragamkan bawaan kecenderungan personaliti diri anda. Antara ciri-ciri personaliti extrovert dengan personaliti introvert bagi diri anda adalah seimbang yang mana peratusan personaliti extrovert anda adalah sama dengan personaliti introvert anda iaitu bernilai 50%.

Nilaikan kecenderungan personaliti anda dalam bentuk peratus. Sekiranya anda ingin tahu ciri-ciri personaliti Ekstrovert bagi diri anda lebih banyak daripada Introvert ataupun Introvert lebih banyak daripada Ekstrovert, maka anda perlu menggunakan sifir formula seperti berikut iaitu:

Contohnya, (Ekstrovert / 10) x 100 = ? dalam % ; (Introvert / 10) x 100 = ? dalam %. Kalau dah cuba, bolehlah kongsikan di ruang kotak komen bawah ini. Selamat mencuba.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

5 comments:

  1. assalamualakum .saya mempunyai peratusan yang seimbang

    ReplyDelete
  2. Tahniah, anda tergolong dlm ambivert 100%...

    ReplyDelete
  3. saya introvet . mcm mna nk perbaiki . saya tak yakin .

    ReplyDelete
  4. Extrovert = 70%
    Introvert = 30%

    Waw.. Bagus betul formulanya..

    ReplyDelete
  5. Aaarrrggghhhhh.. Tidak mungkin.. Baru kutahu selama ni..

    ReplyDelete

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger