Searching...

Berhabis-habisan Harta Di Jalan Allah Atau Di Jalan 'Girlfriend'?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Sayidina Abu Bakar As Siddiq bukankah kerana iman yang bulat, telah berkorban seluruh hartanya pada perjuangan Islam? Rasul terkejut dan lantas bertanya, 'Apa lagi yang tinggal untukmu dan keluarga?' Jawab Sahabat itu, 'Cukuplah Allah dan Rasul-Nya untukku.' Ekstrimkah mereka itu? Bukankah sikap atau Sunnah Rasul itu adalah contoh teladan dan ikutan kita? Siapa yang berkata, 'Itu Rasul, bolehlah!' Nyatalah ia berbohong kerana mengatakan perbuatan Rasul itu khusus untuk peribadinya, bukan untuk dicontohi oleh umatnya. Untuk entri sebelumnya bolehlah jenguk di [sini].


Kalau kita masih mahu menganggap orang-orang yang berhabis-habisan harta benda di jalan Allah itu ekstrim, ketahuilah bahawa kita seolah-olah berkata, “Rasul dan para Sahabat itu ekstrim dalam beragama.” Kalau begitu nampaknya kita lebih hebat dari Rasulullah dalam cara beragama. Masya-Allah, ucapan ini boleh merosakkan aqidah. Wana'uzubillahiminzalik.


Tetapi pelik, kalau ada orang berhabis-habisan harta dan wang gajinya untuk tunangnya atau untuk perempuan simpanan atau untuk 'girlfriend'nya, tidak pula terdengar tuduhan ekstrim ini. Bahkan itu pula dianggap hebat dan patut diberi simpati. Hingga kini, tanpa segan-silulah orang itu meneruskan pengorbanannya yang sia-sia. Kerana dirasakan itulah pengorbanan yang suci dan patut dilakukan.


Padahal dengan Allah-lah manusia sepatutnya berhabis-habisan. Kerana apa yang kita harap dari Allah, jauh lebih besar nilainya daripada apa yang kita inginkan pada seorang perempuan. Tetapi malang, hal itu tidak dibenarkan berlaku. Kerana fikiran umat sudah terbalik. Yang baik dituduh jahat, yang jahat dikatakan baik. Perintah Allah dan Rasul dipertikaikan. Perintah nafsu yang diperturut dan dibenarkan. Hanya mukmin yang bertaqwa yang dapat keluar dan bebas dari belenggu dunia yang sudah terbalik ini.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger