Searching...

Contoh Lain Tuduhan Ekstrim Terhadap Orang Beriman

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Contoh lain tuduhan ekstrim yang dibuat ialah tentang pemakaian purdah dan serban. Wanita yang menutup seluruh auratnya dikatakan pelampau. Sebaliknya yang elok ialah pakaian-pakaian yang biasa dipakai oleh orang Melayu. Itulah sederhana namanya. Orang Melayu pakai kopiah atau songkok sudah cukup, tidak payah pakai serban ke hulu ke hilir. Itu [sikap yang ekstrim], konon katanya.


Padahal Islam tidak berkata begitu. Rasulullah S.A.W berjubah dan berserban. Isteri-isteri baginda dan wanita-wanita beriman di zamannya memakai purdah. Yakni pakaian yang paling tepat untuk menutup aurat wanita. Ia bukannya keterlaluan atau melampau kalau diukur dengan ilmu kebenaran atau pandangan umum. Akal dan nafsu kita yang jahil dan jahat sahaja yang mengandaikan yang bukan-bukan terhadap ajaran Islam itu. Mata lahir kita saja yang rasa sakit dengan purdah. Sebab mereka sudah biasa dengan pakaian Melayu yang [tidak sempurna] itu. Walhal bila mereka sudah biasa pula dengan purdah, mereka akan merasa cantik pula berpurdah. Alah bisa tegal biasa, kata pepatah Melayu.

Dulu-dulu waktu wanita Melayu berselubung dengan kain batik sewaktu mereka keluar berjalan-jalan, Cuma nampak mata saja, ia dibenarkan. Maka tidak ada sebab purdah perlu ditentang. Ia tidak menghalang kebebasan dan keselesaan wanita bekerja. Buktinya boleh dilihat pada wanita-wanita purdah yang sudah ramai kini. Mereka aktif bergerak [memperjuangkan agama ALLAH] dalam apa saja bidang yang sesuai dengan mereka. Ada di kalangan mereka yang sudah pergi ke merata negara di dunia untuk berdakwah dan ziarah.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger