Searching...

Kenali Allah Dengan Ketaatan Pada Perintah-Nya

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Muslim yang benar ialah seseorang yang tunduk dan patuh kepada perintah Allah dalam semua urusan. Dia tidak pernah melampaui batas, dan dia rela mengikuti semua arahan dan petunjuk Allah meskipun apabila perintah itu bertentangan dengan kehendak hawa nafsunya. Iman seorang muslim itu diuji sebagaimana diriwayatkan dalam hadis Rasulullah S.A.W:


"Tiada seorang pun daripada kamu yang benar-benar beriman sehingga nafsunya mengikuti apa yang aku bawa ini." (Riwayat Imam Nawawi Rahimahullah dalam kitab Hadis Empat Puluhnya, no. 41, m/s 124).

Allah S.W.T berfirman: 

فَلا وَرَبِّكَ لا يُؤْمِنُونَ حَتَّى يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ لا يَجِدُوا فِي أَنْفُسِهِمْ حَرَجًا مِمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
“Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakekatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa keberatan dalam hati mereka terhadap putusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya” [QS. An-Nisaa’: 65].


Hal ini adalah persoalan tunduk dan patuh sepenuhnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Tanpa kedua-duanya itu, maka tiada iman dan tiada Islam. Oleh kerana itu, muslim yang benar ialah yang tidak menyimpang dari petujuk Allah atau melanggar perintah-perintah Rasul-Nya, sama ada dia ialah seorang individu biasa, pemimpin, raja atau apakah peranannya dalam sesebuah keluarganya.

Tajuk seterusnya, setiap [seorang muslim wajib ada tanggungjawab hatta cuma pada dirinya sendiri].


Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

2 comments:

  1. saya kurang setuju dgn anda pada ayat pertama dlm artikel d atas. muslim yg sebenar adalah seorang muslim yg benar2 kenal akan tuhannya iaitu Allah swt dan sempurna 2 kalimah syahadahnya yakni btl2 faham dan menepati syarat2 sah dan rukun mengucap 2 kalimah syahadah.

    ReplyDelete
  2. @Tanpa Nama

    Maaf, yang saudara maksudkan itu perkara yang asas bagi seorang muslim berkenaan 2 kalimah syahadah. Sedangkan kita semua ini masih lagi tidak boleh mengaku yg kita ini masih cukup mengenali Allah S.W.T.

    Apa yg saya tulis di atas itu berkenaan dengan seorang muslim yg betul2 sempurna yg dlm erti kata lain mempunyai iman yg tinggi iaitu dengan melaksanakan amar ma'aruf nahi mungkar dan tidak bertentangan dengan kehendak hawa nafsu terhadap apa yg dilakukannya itu.

    ReplyDelete

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger