Searching...

Kenali Bumi Ulama' dan Para Sahabat di Syria

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Ramai para ulama' Islam lahir dari bumi Syria seperti Imam Ibnu Kathir, Imam Zahabi, Imam Ibnu Arsalan, Imam Ibnu Qayyim dan ramai lagi.

Di Syria juga bersemadinya jasad-jasad pejuang daripada kalangan para sahabat Rasulullah SAW yang sangat mencintai Islam seperti Saiyidina Bilal Bin Rabah, Muawiyah, Abu Darda', Khalid al-Walid dan Abu Hurairah. Tanah Syria juga bersemadi jasad para tokoh dan mujahid Islam lain seperti Imam Ibnu Arabi, Sultan Salahuddin Al-Ayubi dan nama-nama besar dalam lipatan sejarah umat Islam.


Sementara di zaman ini pula kita akan menyebut nama tokoh seperti Syeikh Abdul Fatah Abu Ghuddah, Syeikh Sa'id Hawwa, masyaikh daripada keluarga Zuhaili, keluarga Syeikh Soleh al-Farfour, Syeikh Mustafa Siba'ie, Syeikh Abdullah Nasih al-Ulwan, Syeikh Muhammad al-Ya'kubi, Syeikh Ali As-Sabouni dan tokoh-tokoh lain.

Syria pernah ditakluk ketika zaman Khalifah Umar Al-Khattab dan kemudian diperintah oleh Umaiyyah, Abbasiyyah, Seljuk dan Ayyub. Tanah Syria menjadi sebahagian dari wilayah Turki Uthmaniyyah pada tahun 1517 dan mereka hidup dalam keadaan aman damai sehingga penggal pertama abad ke-19. Pada tahun 1831, Syria jatuh ke tangan Muhammad Ali Pasha yang menjadi penentang kerajaan Turki Uthmaniyyah dan kemudian menubuhkan kerajaannya sendiri.

Seterusnya, bermulalah [titik hitam yang berlaku di bumi Syria].

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

2 comments:

  1. salam saudara, apakah isu di lahad datu tidak penting?

    ReplyDelete
  2. isu di lahad datu boleh dikatakan penting juga utk banteras penceroboh, tapi rakyat xde laa smpai dizalimi spt kat syria.

    ReplyDelete

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger