Searching...

Kenali Peradaban Syria Sebelum Masihi

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Syria pada masa Pra-Sejarah terbahagi kepada beberapa bahagian, di antaranya; 


1. Bangsa Al-Umuriyun

Al-Umuriyun yang dimaksudkan adalah bangsa Arab yang berada pada zaman dahulu yang merupakan keturunan bangsa Al-Kan'aniyun yang tinggal di negara Syria sekitar tahun 2,500 sebelum Masihi. Bangsa Al-Umuriyun telah membuka negara-negara seperti Iraq dan kebanyakan daripada mereka membuka penempatan di sana hingga mereka mendirikan negara yang bernama Al-Babaliyah. Antara raja-raja yang masyhur dalam bangsa Al-Babaliyah ini ialah Raja Hamurabi yang hidup sekitar abad 166-177 SM. Bangsa Hamurabi ini wujud dengan bangsa Al-Ramiyah pada abad ke-10 SM. 

2. Bangsa Al-Kan'aniyun

Al-Kan'aniyun adalah sekumpulan bangsa Arab pada zaman dahulu kala yang berhijrah dari daerah Teluk Arab dan tinggal di negara Syam. Mereka tinggal di Syam kira-kira pada abad ke-3. Antara keturunan mereka yang tinggal di sana:
  • Pertama: Al-Yabasiyah yang berada di daerah Al-Quds dan sekitarnya.
  • Kedua: Al-Jarjasiyun yang tinggal di sebelah Barat dari Bahirah Thariya sampai ke al-Jalil dan al-Karmal.
  • Ketiga: Al-Hawiyun yang mempunyai tempat tinggal di Nables dan sekitarnya. Terdapat juga dari kalangan mereka yang tinggal di daerah Abi Ghusyi. Keturunan mereka yang terakhir adalah bangsa Al-Amalighah yang datang dari daerah Bi'r al-Sab'u dan sekitarnya.

3. Bangsa Al-Araamiyun

Al-Araamiyun juga merupakan sebahagian daripada bangsa Arab pada zaman yang lampau. Mereka mendirikan kerajaan yang bernama Hamaah pada abad ke-11 SM. Dan mendirikan kerajaan Tal Barsib pada abad ke-10 SM, serta mendirikan kerajaan Damaskus pada abad ke-9 SM. Semua kerajaan ini jatuh di tangan Al-Asyuriyin pada tahun 734 SM. Bahasa Al-Aramiyah ini tersebar secara meluas ke negara Iraq, Iran dan juga Syria. Begitu juga bahasa orang-orang Palestin ketika datang Sayyid al-Masih meggunakan bahasa Al-Aramiyah.

Mereka juga menggunakan loghat Al-Suryaniyah, Al-Kaldaniyah, dan loghat ini juga digunakan oleh sebahagian penduduk kampung Jabal al-Qalmun yang berada di negara Syria sampai sekarang ini. Para sejarawan menyebut bahawa bangsa Syria asli adalah keturunan dari bangsa Al-Araamiyun yang sampai sekarang keturunannya tinggal di pelusuk kota Damaskus dan sekitarnya.

Seterusnya, anda boleh pergi untuk [ketahui peradaban Syria moden].

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger