Searching...

Kenapa Boleh Timbul Konsep Separuh-separuh (50%-50%)

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Umumnya sebahagian ulama hari ini mentafsirkan [kesederhanaan itu ialah 50%-50%]. Dengan istilah yang masyhur itu, iaitu 'fifty-fifty', mereka pun membenarkan hal hal seperti berikut berlaku dalam masyarakat umat Islam:
  1. Campur-aduk antara hal-hal yang membawa dosa dengan pahala. Yakni antara maksiat dan amal soleh.
  2. Tidak boleh ekstrim dalam beragama. Iaitu tidak boleh ikut 100% ajaran Islam itu. Ikut setakat mana yang tidak bercanggah dengan adat resam atau budaya orang Melayu.
  3. Mengimbangkan amalan dunia dengan Akhirat iaitu untuk dunia 50% dan Akhirat juga 50%.

Dengan konsep 'fifty-fifty' ini, maka berlakulah apa yang telah berlaku sekarang ini, iaitu:
  • Umat Islam pergi ke masjid tapi pergi juga ke panggung wayang. Pergi Haji/Umrah ke Makkah tetapi pergi juga ke disko. Puasa tetapi dedah aurat. Berzakat tapi ambil riba'. Mereka buat amal soleh tetapi mereka juga buat maksiat. Mereka baik, tetapi jahat. Kalau siaran tv di Malaysia, selepas menyiarkan azan, disiarkan pula persembahan rock.
  • Bila ada orang yang serius beragama, dituduh ketinggalan zaman. Wanita berpurdah dikatakan ekstrimis. Siapa sembahyang sunat lebih sikit dibimbangi tinggal dunia. Isteri yang taat pada suami dianggap bodoh dan melulu. Makan dalam dulang secara berjemaah dituduh pengotor. Hidup cara Sunnah digelar ortodoks. Asyik dengan Al Quran dikatakan gila. Berzuhud dianggap anti pembangunan.
Pendek kata, kalau ajaran Islam diamalkan lebih daripada yang biasa diamalkan oleh kebanyakan orang, ia sudah dikatakan ekstrim. Itu belum lagi buat 100%. Yang mereka mahu ialah sederhana. Katanya, "Sembahyang sunat jangan banyak sangat, macam biasalah." "Pakaian bagi perempuan jangan teruk sangat sampai tak nampak hidung." "Baju kurung dan tudung singkat sudah cukup." "Jangan tunduk saja masa hendak berjalan, pandang pandanglah perempuan sekeliling, bersosiallah dengan mereka." Begitu juga perempuan, "jangan serius sangat, bergelak ketawalah dengan kawan-kawan lelaki (ajnabi), nanti tak berukhuwah dan tak pandai bermasyarakatlah pula."
  • Timbul anggapan bahawa dengan Akhirat kita kena bersederhana saja. Dunia mahu juga, kata mereka. Kata-kata ini didasarkan pada apa yang mereka faham berkenaan dengan hadis di bawah:
Terjemahannya: "Beramallah untuk Akhiratmu seolah-olah kamu akan mati esok hari. Dan beramallah untuk dunia seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya." (Riwayat lbnu Asakir).


Mereka kata, Rasulullah suruh buru dunia dan Akhirat. Maka mereka pun burulah dunia sampai terlupakan Akhirat atau dikemudiankan hal-hal berkaitan Akhirat. Mereka bekerja bertungkus-lumus sampai tinggal sembahyang. Mereka berniaga ke hulu ke hilir, tidak kira halal haram. Mereka bangunkan dunia semahu-mahunya dengan segala peralatan mewah, rumah banglo atau istana, kereta besar dan lain-lain lagi, hinggakan Akhirat seolah-olah tidak wujud lagi.

[Orang-orang yang mahu 50% dunia 50% Akhirat ini], umumnya kita lihat terperangkap dalam dunia 100% hingga Akhirat tertinggal 0%. Kalau ada juga amalan Akhirat, itu pun 'diduniakannya' belaka. Belum pernah kita lihat seorang yang benar-benar buat 50% dunia, 50% Akhirat. Yakni masanya 50% untuk urusan dunia, 50% lagi untuk Akhirat. Hartanya 50% untuk dunia, 50% untuk Akhirat. Fikirannya 50% dunia, 50% Akhirat. Wang ringgitnya 50% dunia, 50% Akhirat. Ya, nampaknya tidak jadi begitu. Kalaulah berlaku begitu, boleh tahan juga. Tetapi apa yang berlaku, umat Islam karam dan tenggelam dalam penipuan dunia. Bergelumang dengan berbagai-bagai bentuk kemaksiatan.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

2 comments:

  1. Salam,
    Isu yg menarik! Membuka minda... Bagi saya tiada istilah 50/50. Buatlah sehabis baik untuk kebahagian dunia dan akhirat. Oleh itu 100/100 adalah yg terbaik! Wallahualam...sekadar pandangan.

    ReplyDelete
  2. memang kita harus laksanakan dunia dan akhirat, tapi jika urusan akhirat & duniawi clash, hendaklah melaksanakan yang akhirat dahulu~
    pada mereka yang mengejar dunia, kena ingat, alam material ni cuma alam paling bawah~
    cari jalan mengenal diri dahulu~ awal agama itu mengenal Allah~ (^_^)v

    ReplyDelete

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger