Searching...

Kenapa Konsep Separuh-separuh Tidak Boleh Diterima Ramai?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Konsep kesederhanaan separuh-separuh (50%-50%) tidak boleh diterima dalam masyarakat, sepertimana yang difahami dan diamalkan dalam masyarakat kini adalah disebabkan ianya telah membawa umat ke satu tahap kehidupan yang bertentangan dengan kehendak Islam itu sendiri. Umat Islam kini seolah-olah menganut agama yang bercampur-aduk. [Tidak tulen Islam], sebagaimana yang telah diamalkan oleh Rasulullah dan salafussoleh.

Pada saya, orang yang mengatakan, "saya ni pergi masjid, panggung wayang pun masuk juga. Agama, agamalah tapi dunia jangan lupa. Minyak dengan air tak boleh bercampur." Samalah halnya dengan orang yang mengatakan, "saya makan daging lembu. Tapi tahi lembu pun makan juga. Daging, daginglah, tahinya pun perlu juga. Masing-masing ada gunanya."

Sebab, dalam Islam, ibadah dan hiburan semuanya mesti dibuat kerana Allah, mengikut landasan syariat, yakni tidak membawa kepada haram atau makruh. Seorang yang beribadah, boleh juga berhibur. Dengan syarat hiburan itu, hiburan yang dibenarkan oleh Islam. Yakni sebarang bentuk nyanyian, lakonan, puisi, drama, filem dan lain-lain yang dipersembahkan mestilah di atas lima syarat iaitu:
  1. Niat kerana Allah.
  2. Sah menurut syariat.
  3. Perlaksanaannya sah menurut Islam.
  4. Natijahnya baik.
  5. Tidak meninggalkan sembahyang dan lain-lain ibadah yang asas.
Seorang yang patuh pada Allah dan Rasul, sesudah melakukan semua suruhan Allah  sentiasa pula menjaga dirinya daripada melakukan perkara-perkara yang dimurkai Allah  iaitu perkara-perkara maksiat yang haram atau makruh. Contohnya, dedah aurat, bergaul bebas, bohong, tipu, mengumpat, berzina, terlibat dengan riba', rasuah, ambil dadah, membazir, menyalahgunakan kuasa dan lain-lain lagi.

Seorang yang melakukan semua itu atau salah satu daripadanya, dikira berdosa dan derhaka. Iman dan Islamnya akan kelihatan rosak dan cacat. Dia akan dimurkai oleh Allah  iaitu diazab dengan Neraka atau Allah benci padanya. Sebab itu seorang Islam tiada alasan untuk merelakan dirinya terjebak dalam sebarang kemaksiatan dan dosa. Sebab itu kalau orang berkata, dia pergi masjid dan pergi juga panggung wayang, ertinya dia bukan seorang Islam yang tulen. Yang sebenarnya, dia menentang ajaran Islam. Dia mencampurkan yang hak dengan yang batil. Yang suci dengan yang najis. Jangan anggap fahaman inilah sebenarnya kesederhanaan dalam Islam. Dia ini penghuni neraka. Buktinya, bacalah firman Allah S.W.T ini:

 أَفَتُؤْمِنُوْنَ بِبَعْضِ الْكِتَابِ وَ تَكْفُرُوْنَ بِبَعْضٍ فَمَا جَزَاءُ مَنْ يَفْعَلُ ذَلِكَ مِنْكُمْ إِلاَّ

 خِزْيٌ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ يُرَدُّوْنَ إِلَى أَشَدِّ الْعَذَابِ وَ مَا اللهُ

 بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُوْن

Maksudnya: Apakah kamu mengambil sebahagian isi kitab dan menolak sebahagian yang lain. Tiada balasan untuk yang demikian itu melainkan akan ditimpa kehinaan di dunia, sedangkan di Akhirat akan dimasukkan ke dalam azab yang pedih. Dan tidaklah Allah lengah dari apa yang kamu kerjakan. (Surah Al-Baqarah ayat 85).

Entri seterusnya akan menerangkan tentang [kesilapan orang-orang yang mengungkapkan kata-kata] seperti di atas.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

1 comments:

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger