Searching...

Keredhaan Allah Atau Kepentingan Dunia Yang Hendak Dicari?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Tajuk sebelumnya boleh rujuk berkenaan dengan ciri-ciri muslim apabila menerima suratan Ilahi, rujuk [sini]. Kadang-kadang muslim itu mendapati dirinya tergelincir atau alpa dari jalan yang lurus, sehingga dia melakukan dosa yang tidak layak baginya sebagai hamba yang merendahkan diri dan selalu waspada, namun dia segera ingat kepada Tuhannya, lalu kembali daripada dosa dan kesalahan yang telah dilakukan serta bertaubat di atas kesilapan itu:

Firman Allah Ta'ala:


إِنَّ الَّذِينَ اتَّقَواْ إِذَا مَسَّهُمْ طَائِفٌ مِّنَ الشَّيْطَانِ تَذَكَّرُواْ فَإِذَا هُم مُّبْصِرُونَ

"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa bila mereka ditimpa was-was daripada syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya." (Al-A'raf: 201).


Hati yang dipenuhi dengan rasa cinta dan takut kepada Allah tidak akan lalai. Hanya orang yang tidak mengendahkan perintah serta larangan Allah saja yang akan sesat. Hati muslim yang benar sentiasa mahu bertaubat, meminta ampun, gemar mentaati-Nya dan mencari keredhaan-Nya.

Muslim yang sebenar-benarnya adalah berusaha mendapatkan keredhaan Allah dalam segala sesuatu yang dilakukannya. Dia tidak ingin mendapatkan pujian manusia, dan sesungguhnya dia mungkin mendapat kemarahan dan kebencian daripada sebahagian orang dalam usahanya untuk mendapatkan keredhaan Allah S.W.T, sebagaimana Rasulullah S.A.W bersabda:

"Sesiapa yang mencari keredhaan Allah di atas kebencian manusia, Allah akan menjaganya dan melindunginya daripada mereka. Akan tetapi sesiapa yang mencari keredhaan manusia di atas kemurkaan Allah, Allah akan membiarkannya di tangan manusia." (Riwayat Tirmizi, Al-Qadaai dan Ibnu 'Asakir, sanadnya Hasan).



Muslim yang sebenar-benarnya sentiasa beramal dengan perkara yang bertentangan dengan kehendak hawa nafsunya untuk mendapatkan keredhaaan Allah. Dia akan mempertahankan sifat-sifat baik dan membuang sifat-sifat buruk dalam dirinya bersesuaian dengan yang dikehendaki oleh syariat. Dengan demikian muslim itu memiliki keperibadian sempurna sehingga jelas baginya jalan yang lurus dan benar. 

Dia akan mengelakkan dirinya daripada terjerumus ke lembah yang bertentangan, seperti mentaati perintah Allah dalam masalah yang ini tetapi menderhakai-Nya dalam masalah yang lain pula, atau dia menganggap sesuatu itu halal pada tahun ini tetapi menganggap haram pula pada tahun berikutnya. Sesungguhnya tiada ruang bagi sifat-sifat yang berlawanan itu dalam diri seseorang muslim selagi nilai-nilai dan prinsip-prinsip yang benar tetap dipertahankan.



Kita kerap dapati orang yang tidak pernah meninggalkan solat berjemaah di masjid, tetapi bila berurusan dalam soal jual beli, mereka terlibat dengan unsur riba', atau bila berada di rumah, di jalan, di sekolah atau di kawasan kejiranan, jelas sekali mereka tidak mengamalkan hukum-hukum Allah pada diri mereka, pada diri isteri-isteri mereka, anak-anak orang-orang yang di bawah kuasa mereka. Orang-orang ini sebenarnya tidak faham dengan hakikat Islam, agama suci ini bahawa dalam semua urusan membimbing kaum muslimin ke arah matlamat yang sangat utama, iaitu mendapatkan keredhaan Allah S.W.T.



Matlamat yang sangat penting ini membawa muslim untuk mengukur semua amal perbuatannya agar bersesuaian dengan kehendak Allah. Dengan demikian orang-orang yang hanya menerima sebahagian dan menolak sebahagian tuntutan ini tampil sebagai 'separuh Islam' yang mana hanya Islam pada nama saja. Dua personaliti dalam satu tubuh yang kini sedang berleluasa adalah sangat bahaya bagi umat Islam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

1 comments:

  1. salam mestu balance. klu blh dua nak berjaya tpi klu berjayua lbih pada akhirat tak salah juga.malh lebih digalakkan ;)

    ReplyDelete

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger