Searching...

Ketahui Komplot Rampasan Kuasa Jawatan Presiden Di Syria

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Pada 2 Mac 1966 Syria menyaksikan berlakunya rampasan kuasa yang ketujuh di bawah pimpinan Shalah Gadid yang menggulingkan pemerintahan Tadzim al-Qudsi. Dalam pemerintahan baru ini, Nurdin Al-Anaasi dilantik sebagai Presiden Syria dan Shalah Gadid sebagai Perdana Menteri. Sepanjang sesi pemerintahan Al-Anaasi, negara Syria mengalami krisis dan konflik. Ketika ini, Hafez al-Assad menjawat jawatan sebagai Ketua Angkatan Tentera Syria.


Pada 13 November 1970, Hafez al-Assad sebagai Ketua Angkatan Tentera mengadakan komplot bagi mencetuskan revolusi tentera dan Hafez al-Assad mengisytiharkan dirinya sebagai Presiden Syria yang baru pada 22 November 1971. Langkah pertama yang dilakukannya ialah meminda perlembagaan dan undang-undang negara hingga memberikan kuasa yang penuh kepada Presiden. 


Hafez kemudian bertindak merampas Majlis Tertinggi Hakim, menguasai media massa negara, pasukan keselamatan dan di tangannya untuk melantik Perdana Menteri, para menteri dan memilih Ahli Parlimen mengikut kehendaknya. Di samping itu, Hafez juga telah melantik beberapa orang saudaranya untuk memegang jawatan penting dalam kerajaan antaranya ialah Rif'at Asad, Abdul Halim Khadam, dan Muhammad Zuhair Musyrikah.

Mengambil iktibar sejarah negaranya yang kerap berlaku revolusi tentera, maka rejim Hafez telah melakukan perancangan menyingkir dan membunuh semua sekutu yang berada di sekelilingnya kerana bimbang dirinya akan menjadi mangsa rampasan kuasa di masa hadapan.

Untuk mengetahui [sejarah rampasan kuasa sebelumnya bagi sekutu Hafez al-Assad] bolehlah klik pada ayatnya.

Seterusnya, bolehlah sekiranya anda mengetahui [kezaliman yang berlaku terhadap muslim ahlus sunnah wal jama'ah] yang telah berlaku sekitar tahun lepas pada penghujung tahun 2011 hingga ke awal 2012.  

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger