Searching...

Kronologi Mengenai Kezaliman Yang Berlaku Di Syria

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Mungkin ada yang sedar atau mungkin ada yang tidak, apa-apa pun, di sini saya ingin berkongsi maklumat tentang penindasan saudara seislam kita di Syria yang telah berlaku baru-baru ini.
 

Kebelakangan ini, telinga dan mata sering dihidangkan dengan kisah kekejaman dan penindasan yang berlaku di sana. Gambar-gambar ngeri, video-video menyayat hati dan tulisan-tulisan merobek nurani, cukup dijadikan bukti kesengsaraan mereka disana. Nauzubillah, sungguh dahsyat dugaan mereka. 
 
Namun, berapa ramaikah yang betul-betul ambil tahu tentang kisah mereka ini? Mengapa semua ini terjadi? Apa sebab disebalik kekejaman yang berlaku disana? Oleh itu, saya ingin kongsikan kisahnya serba sedikit di sini. 

Setelah mencapai kemerdekaan dari Perancis, Syria dijadikan negara yang berkepimpinan diktator. Majoriti penduduk Syria berpegang kepada ajaran Muslim ahlus sunnah wal jama'ah (Sunni). Namun tidak pula pada KERAjaan pemerintahannya iaitu Hafeez Al-Assad yang berpegang teguh kepada pelampau ajaran Syiah iaitu Syiah Nusairiyah. Hafez Al-Assad yang menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya daripada Muslim Sunni iaitu dengan mencaci dan menghina Saidina Aishah dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum, diharamkan sembelihan binatang bagi mereka, mereka melakukan kejahatan yang pelbagai, mereka tidak solat di masjid kita.

Konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari mengorbankan hampir 46000 ribu penduduk Hama. Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri dari politik sekian lama. Rakyat mula kembali bangkit menentang kezaliman yang berlaku semenjak dari tahun lepas (awal 2012). Permulaan revolusi berlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti Dar'aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria. Demikianlah kisah ringkas tentang kisah kebangkitan yang berlaku sekarang.

Saya juga ingin kongsikan sedikit tentang bentuk kezaliman dan penindasan yang dihadapi oleh penduduk Syria seperti yang berikut:
  1. Dalam masa 42 hari telah terbunuh dan Syahid seramai 4000 orang rakyat Syria.
  2.  39000 orang telah cedera, mereka tak dirawat dan dibiarkan begitu sahaja. 
  3. Satu peristiwa di mana seramai 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital tersebut dibunuh tentera Assad di wilayah Doma. 
  4. 9000 tahanan ditahan. 
  5. 413 orang telah syahid di dalam penjara. 
  6. Wanita-wanita diculik dan dibawa ke tempat yang tidak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu. 
  7. Seorang saudara perempuan bernama Zainab Al-Husni dari Hims, di Madinah Khalid bin Al-Walid. Beliau telah ditangkap dan mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT. Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau.Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai. 
  8. Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai oleh tentera Assad. 
  9. Perkataan 'Allah' dalam kalimah syahadat 'Laa ilaa ha illa Allah' digantikan dengan 'Basyar al-Assad (Na'uzubillahi min zalik). 
  10. Basyar Assad juga daripada kelompok Syiah yang terkeluar daripada Islam dan mengharuskan untuk membunuh Muslimin Sunni.
  11. 84% daripada posisi kepimpinan Rejim Basyar Assad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri daripada 3 keluarga besar, 6% daripada posisi tersebut pula daripada kaum Ajam dan 10% lagi daripada golongan Kuffar.
  12. Tiada posisi bagi Ahlus Sunnah wal Jamaah.
  13. Kezalimannya terhadap wanita dan kanak-kanak juga terlalu dahsyat melebihi Israel. 
  14. Rakyat-rakyat Sunni dibunuh sesuka hati tetapi walau seorang Israel pun tidak ditumpahkan darah.

Maka, saya dengan rendah hatinya menyeru agar kita sentiasa mendoakan saudara kita di Syria. Doakan kesejahteraan mereka atas nama kemanusiaan dan saudara seIslam. Hulurkanlah bantuan untuk mereka dari segi kewangan. 


Rezeki bukanlah untuk dimiliki, namun untuk sama-sama dikongsi. Boleh jadi sumbangan kita yang sedikit itulah yang memberi kemenangan kepada Islam, siapa tahu kan?
 

Ingatlah Saudaraku, Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI". Dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim
Wassalam.

Bagi mereka yang mahu mengenali [lokasi muka bumi Syria], silakan klik pada ayatnya. Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger