Searching...

Manusia Tidak Menyedari Tuhan Sebagai Penghibur?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Kedatangan lslam di dunia adalah untuk menghiburkan manusia. Disitu indahnya lslam. Sebab lslam itu adalah sesuatu yang boleh dibuat hiburan. Penghibur yang paling besar ialah Tuhan Yang Maha Agung. Kalau Tuhan itu dikenali, kalau kita tahu kerja-kerja Tuhan, maka Tuhan sangat menghiburkan. Tuhan adalah Penghibur yang Maha Agung.


Contohnya menceritakan benda biasa yang selalu kita tempuh, kita tidak sedar, seperti menyedut udara yakni udara itu adalah milik Tuhan. Kalau tidak ada udara kita akan mati. Kita tidak sedar, udara adalah sesuatu yang boleh menghiburkan kita disebabkan ia adalah sesuatu nikmat pemberian Tuhan untuk sekalian manusia. Bila Tuhan cabut udara (nikmat) itu daripada kita seperti berlaku kesesakan untuk bernafas (penyakit asma), ertinya tak terhiburlah kita dan pada masa itulah kita baru ingat Tuhan dalam keadaan kesukaran/kepayahan kita bernafas.


Bumi yang kita pijak adalah milik Tuhan. Bila mendongak ke langit biru yakni langit Tuhan maka sungguh menghiburkan mata memandang. Melihat pemandangan hijau dan indah di kawasan pergunungan. Dalam hati orang yang beriman terdetik perkataan; 'Subhanallah, alangkah nikmatnya penglihatan (mata) pemberian-Mu ini. Tidaklah Engkau menjadikan langit dan bumi ini dengan sia-sia.' Maka masa itulah orang yang beriman itu berdoa dengan berkata; 'Maha suci Engkau Ya Allah, maka peliharalah kami dari azab api neraka.' Semoga dua potong ayat Al-Qur'an dari surah Ali-Imran ayat 190-191 di bawah dapat dijadikan renungan bersama:


Firman Allah S.W.T:


إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَاخْتِلاَفِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لآيَاتٍ لِّأُوْلِي الألْبَابِ

Maksudnya: Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan Bumi, dan silih bergantinya malam dan siang, terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal.

الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىَ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ

رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذا بَاطِلاً سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Maksudnya: Iaitu orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri dan duduk, dan dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi sambil berkata: "Ya Tuhan kami, Engkau tidak menciptakan ini dengan sia-sia! Maha Suci Engkau! Maka peliharalah kami dari siksa api neraka."

Kita pergi ke pasar cari lauk, ikan, daging, dan sayur-sayuran. Ini semua menghiburkan. Tapi kita tak perasan dan tak pernah diceritakan. Kita hanya memandang secara bersahaja. Bila kita bekerja menggunakan tenaga, kita  akan menjadi letih dan memerlukan untuk berehat. Tuhan bagi kita mengantuk. Kalau kita tidak mengantuk walaupun cuba untuk tidur tapi tidak boleh juga tidur maka apa akan jadi pada diri kita? Masa itulah dalam hati terdetik rasa ingin pengsan dengan memakan ubat tidur dan pelbagai cara bagi melelapkan mata. Sebab itu keadaan tersebut dirasakan begitu menyeksakan pada ketika itu. Jadi, mengantuk adalah sesuatu yang menghiburkan. Bila tidur akan menyegarkan badan dan [fikiran akan kembali segar semula (refresh)]. ltu hiburan dari Tuhan. 


Bertemu dengan manusia (kawan karib), kita dapat meluahkan perasaan kita pada dia, dan juga dapat berkongsi rasa. Dia pun dapat meluahkan perasaannya kepada kita. Lega rasanya, itu adalah hiburan dari Tuhan. Tuhan mempertemukan kita dengan kawan karib yang kita tidak terfikir pun kawan karib itu betul-betul selesa dengan kita bagi meluahkan perasaan. Itu kerja Tuhan. Tuhan memang benar-benar penghibur.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

2 comments:

  1. Salam, Entri tuan sungguh menarik. Terima kasih diatas perkongsian yg sungguh bermakna. Dapat memberi panduan dan pengetahuan :D

    ReplyDelete
  2. @Bin MuhammadTerima kasih dari saya kerana menyokong blog saya.

    ReplyDelete

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger