Searching...

Mengapa Ada Segelintir Yang Berani Menyelewengkan Sabda Rasulullah?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

[Habis mengapa timbul fahaman 50-50?] Mengapa diselewengkan maksud Rasulullah dengan begitu berani sekali? Dalam penglihatan saya, ada tiga sebab mengapa terjadinya demikian, dan ketiga-tiga sebab itu adalah terbit dari tiga golongan yang berbeza-beza hal keadaannya, iaitu:


1. Kerana tidak faham. Oleh kerana kekurangan ilmu agama maka mereka tidak faham perkara sebenarnya, tentang konsep kesederhanaan itu. Mereka ingat betul-betullah [Rasulullah suruh samakan kerja dunia dan kerja Akhirat]. Mereka ingat betullah bahawa orang yang sembahyang sunat banyak-banyak atau yang serius beragama itu dikatakan melampau. Jadi pada mereka konsep 'fifty-fifty' (50%-50%) itu memang dikira benar.

2. Kerana menjaga kepentingan diri. Golongan ini sebenarnya faham bahawa dunia dan Akhirat tidak boleh disamakan seperti 'fifty-fifty' itu. Sebab Akhirat jauh lebih besar dari dunia. Mana boleh disamakan. Sepertimana tidak bolehnya disamakan busut (longgokan tanah) dengan gunung. Yang satu dihadapi dengan cangkul sahaja, manakala yang satu lagi dengan 'bulldozer'. Mereka, para ulama itu, faham sebenarnya sikap 'fifty-fifty' itu salah. Tetapi kerana menjaga periuk nasi, maka didiamkan kesalahan tersebut, bahkan turut sama dipraktikkan. Mereka lebih hendak menjaga hati tuan-tuan besar daripada hendak menjaga Allah dan Rasul. Kerana dirasanya 'tuan'nya lebih berjasa dan berkuasa memberinya rezeki daripada Allah S.W.T. Maka disambunglah lidah tuan-tuan mereka. Lalu mereka pun dipuji oleh tuan-tuan mereka itu sebagai ulama berdedikasi, dinamis dan berfikiran luas. Berbanggalah pula para ulama rasmi dengan pujian itu hingga lalailah mereka dan jauhlah mereka dari Allah dan Rasul-Nya.

3. Kerana ingin [menutup kelemahan diri], yang mana orang-orang alim itu merasakan mereka tidak faham maksud Rasulullah yang sebenarnya dalam Hadis terjemahannya berbunyi: 'Sebaik-baik pekerjaan itu ialah pertengahan.' Iaitu Rasulullah suruh berusaha untuk dunia sesuai dengan umur dunia dan bekerja untuk Akhirat sesuai dengan umur Akhirat. Tetapi bukan senang hendak berkorban berhabis-habisan untuk Akhirat. Sebab mereka terlalu cinta dunia hingga tidak cintakan Akhirat. Lalu demi untuk menyelamatkan keadaan itu, mereka pun membohongi Allah dan Rasul dengan membenarkan konsep 'fifty-fifty' itu. Dengan itu sikap bakhil dan tamak serta [cinta dunia] mereka itu dengan sendirinya terlindung. Begitulah halnya mengapa tercoraknya umat Islam dengan segala kesilapan dan kelemahannya pada hari ini.


Moga-moga dengan penerangan ini kita dapat kembali menjadi satu bangsa yang gagah yang [cinta Akhirat lebih dari cintakan dunia]. Kerana cintakan Akhirat itulah rahsia kemajuan yang dituntut dalam Islam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger