Searching...

Mesir Dan Syria Disatukan?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Republik Arab Bersatu merupakan gabungan antara Mesir dan Syria yang terbentuk antara tahun 1958 hingga 1961. Namun, Syria menarik diri dari gabungan ini selepas tiga tahun pembentukan republik ini manakala Mesir masih kekal sebagai Republik Arab bersatu hingga 1971. Republik Arab Bersatu menjadi titik permulaan berlakunya penyatuan antara negara-negara Arab selepas Syria memperoleh kemerdekaan daripada Perancis pada tahun 1946.


Perpaduan yang menjadi impian Presiden Gamal Abdel Nasser ini telah diumumkan pada 22 Februari 1958 dengan termeterainya Piagam Republik Kingdom antara Presiden Syria ketika itu, Shukri Al-Quutli dan Abdel Nasser. Abdel Nasser telah dipilih sebagai Presiden bagi penubuhan negara baru itu manakala Kaherah pula sebagai ibu negara. 


Pada tahun 1960, parlimen kedua-dua negara dan kementerian-kementerian pula disatukan di Kaherah. Tidak lama kemudian, gabungan dua negara ini berakhir dengan persetujuan Parti Ba'ath dengan kerjasama parti-parti lain yang berada di Syria menandatangani perjanjian perpisahan dengan Mesir ekoran rampasan kuasa tentera di Damsyik yang dilakukan oleh Tadzim al-Qudsi.

Seterusnya, bolehlah klik untuk mengetahui entri yang seterusnya iaitu [komplot rampasan kuasa bagi jawatan presiden] ekoran rampasan kuasa tentera rejim. 

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger