Searching...

Muslimkah Jika Tidak Sanggup Terima Ketentuan Ilahi?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Entri sebelumnya ada menerangkan [perihal tanggungjawab di bawah tanggungannya] walaupun cuma dirinya sendiri bagi seseorang muslim.

Muslim yang sebenar-benarnya adalah sentiasa pasrah dan tunduk kepada kehendak Allah dengan berdasarkan petikan hadis di bawah:


"Alangkah takjubnya hal kaum muslimin. Semua urusannya menjadi baik. Jika dia memperolehi kesenangan, dia akan bersyukur, dan ia menjadi baik baginya. Jika dia memperolehi kesusahan, dia bersabar dan bertahan, dan hal itu juga menjadi baik untuknya." (Riwayat Bukhari). 


Muslim yang benar yakin bahawa beriman kepada qadha' dan qadar Allah adalah salah satu daripada rukun iman. Apa saja yang terjadi dalam kehidupannya tidak dapat dielakkan kerana telah ditakdirkan Allah. Dia menerima pahala yang besar dengan beriman kepada qadha' dan qadar Allah, dan Allah memasukkannya dalam golongan orang-rang yang bertakwa dan berjaya.


Sebab itulah mengapa hadis di atas mengatakan bahawa semua urusan kaum muslimin itu baik-baik belaka. Sekiranya dia diberi kesenangan, pasti dia akan bersyukur kepada Tuhannya Yang Maha Pemurah, dan sekiranya dia ditimpakan kesusahan, pasti dia akan bersabar dan tabah, mengikuti semua perintah-Nya dan menerima qadha' dan qadar daripada-Nya. Apa sahaja yang terjadi pada dirinya itu adalah baik untuk dirinya. Benarlah kata para cendikiawan Islam iaitu; "Setiap yang terjadi pasti ada hikmah disebaliknya."

Entri seterusnya adalah berkenaan dengan sejauh mana [keredhaan Allah atau kepentingan dunia] yang ada pada diri seseorang muslim.


Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

3 comments:

  1. Salam Sahabat,
    Terima kasih berkunjung ke Relaks Minda dan menjadi sebahagian dari Sahabat. Amat saya hargai. Jika inginkan relaks seketika, jgn lupa berkunjung ke Relaks Minda :)

    p/s: Saya akan update blog anda ke bloglist saya secepat mungkin.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..

    Pada saya, kita ni manusia..to be honest, saya sendiri juga perlu masa untuk terima takdir ALLAH.Bukan kerana menyalahkan ALLAH atau takdir..tapi masa...masa yang boleh merawat semua keadaan.
    Just 2 cents from me.
    -aqielahuzihan-

    ReplyDelete
  3. @Tanpa Nama

    Bagus, satu pendapat yg bernas drpd anda saudara. Mmg tak dapat dinafikan, kita semua ada nafsu, adanya nafsu kita perlukan masa utk menghadapi dugaan.

    Maka kesabaran kita pula ada hadnya. Oleh itu kita perlu melatih diri kita serta mendidik nafsu kita agar sentiasa menerima ketentuan Ilahi walau dengan apa jua sekalipun terjadi.

    Oleh itu latihan perlu disertakan dengan doa agar Allah mengasihani kita sebagai hamba-Nya yg mengharapkan belas kasihan dari-Nya.

    ReplyDelete

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger