Searching...

Pandangan Pelampau Kepada Orang-orang Yang Serius Beragama

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Seterusnya saya akan berikan pandangan tentang anggapan atau tuduhan 'pelampau' kepada orang-orang yang serius beragama. Yakni yang melaksanakan perintah Allah sungguh-sungguh dan lebih banyak dari biasa. Yang mana kadang-kadang golongan ulama pun tersasul mengatakan ekstrim kepada mereka yang bersungguh-sungguh beragama itu. 'Tak usahlah berlebih-lebih sangat. Buat macam biasa dah cukup. Islam suruh bersederhana dalam semua hal.' Demikianlah komen sebahagian alim ulama. Mereka menganggap sederhana itu ialah beramal sikit atau separuh sahaja daripada ajaran Islam. Kalau buat semua, itu ekstrim namanya. Untuk entri sebelumnya, bolehlah jenguk di [sini].


Pada saya sederhana dalam Islam bukan ertinya mengurangkan amalan-amalan yang diperintahkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Contohnya, seorang yang sembahyang sunat beratus-ratus rakaat banyaknya, jauh lebih banyak daripada bilangan rakaat yang biasa dibuat oleh umum umat Islam hari ini, itu bukanlah seorang yang ekstrim. Tetapi dialah orang yang terbaik daripada orang lain, di sudut itu. Kerana dia mampu melaksanakan semua sembahyang sunat yang ada diperintahkan oleh Allah dan Rasul. Sunat Rawatib, sunat Awwabin, sunat Wudhuk, sunat Dhuha, sunat Isyraq, sunat Tahajjud, sunat Hajat, sunat Tasbih, sunat Witir, sunat Tarawih, sunat Mutlak dan bermacam-macam jenis sembahyang sunat lagi. Yang mana kalau semua itu dibuat, memang boleh sampai beribu rakaat. Sebab tiap satu sembahyang sunat itu bukan setakat dua rakaat sahaja tetapi lebih daripada itu. Ada dua belas, ada lapan, ada enam, ada dua puluh, ada tiga dan ada yang tanpa limit, boleh buat seberapa banyak yang sanggup.


Kalaulah orang yang buat semua jenis sembahyang sunat ini sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah sehingga beratus-ratus rakaat, dia dikatakan ekstrim, pelampau atau sebagainya, jadi untuk apa Allah perintahkan bermacam-macam jenis sembahyang itu semua? Kalaulah hal itu dikatakan melampau, mengapa Allah perintahkan? Sedangkan kita yakin, perintah Allah itu adalah sebaik-baik kalimah.

Jadi tuduhan melampau kepada orang-orang yang bersungguh-sungguh beramal itu sebenarnya tidak adil dan tidak tepat. Kata-kata tersebut bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenarnya. Kata-kata itu bukan dari Allah dan Rasul. Maka sesiapa yang masih menuduh pelampau itu, dia sebenarnya bermusuh dengan Allah dan Rasul-Nya.


Contoh lain, juga dikatakan ekstrim kepada seseorang yang berkorban berhabis-habisan untuk jihad fisabilillah. Umpamanya untuk membangunkan projek-projek pembangunan tamadun Islam. Yang orang itu asalnya hidup meriah tetapi jadi zuhud sekali kerana memberi kekayaan pada jemaah Islam. Sebaliknya, dia dikatakan pelampau kerana telah berkorban lebih dari apa yang orang lain biasa lakukan. Dia disuruh bersederhana iaitu dengan mengurangkan pengorbanan harta di jalan Allah supaya serupa seperti yang orang ramai lakukan. Dan supaya dia masih nampak kaya dan mewah hidupnya, jangan sampai hidup susah, hanya kerana terlalu banyak berkorban kepada Islam. Itu bodoh namanya, kata orang-orang yang menuduh itu.


Sebagai jawapan tentang persoalan ini, mari kita lihat pengorbanan Rasulullah dan para Sahabat. Dengan iman dan taqwa yang terlalu tinggi, Rasulullah bukan sahaja harta bendanya habis dikorbankan kepada Allah tetapi makanan yang berlebih waktu malam pun tidak disimpan untuk pagi. Baginda akan sedekahkan pada orang yang memerlukan pada malam itu juga. Atas dasar itu, baginda tidak yakin yang esoknya baginda masih hidup. Baginda tidak mahu mati dalam keadaan masih ada harta Allah yang disimpan untuk peribadinya.


Seterusnya, saya akan terangkan mengenai perbuatan ekstrim orang yang berhabis-habisan harta ke jalan Allah dengan amalan Rasulullah S.A.W dan para sahabat berserta perbuatan orang-orang biasa yang berhabis-habisan harta untuk nafsu keinginannya di [sini].

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger