Searching...

Permulaan Titik Hitam Di Bumi Syria

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Syria kemudiannya kembali berada di bawah kekuasaan Turki Uthmaniyyah sehingga dijajah oleh Perancis pada tahun 1920. Penjajahan Perancis ini telah menjadi detik permulaan bagi penindasan dan kezaliman ke atas rakyat Syria. Perancis telah berjaya memecahkan Syria dari Lubnan yang satu masa dahulu negara Lubnan adalah sebahagian dari Syria.


Polisi penindasan penjajah Perancis selama 26 tahun yang berakhir dengan kemerdekaan pada 17 April 1946 adalah seperti yang dikenakan ke atas Algeria, Tunisia dan negara-negara Islam yang lain. Rakyat Syria telah memulakan kempen menentang penjajahan Perancis yang mengakibatkan puluhan ribu umat Islam dibunuh dan bandar-bandar utama diserang dan dibom.

Akhirnya, Perancis terpaksa berundur dari Syria selepas Perang Dunia II dan akhirnya Syria diberikan kemerdekaan pada tahun 1946. Namun demikian, penjajah meninggalkan Syria dalam keadaan yang tidak stabil dan penuh dengan konflik. Pentadbiran Perancis telah memberikan peluang kepada golongan minoriti Syiah Nusairi di dalam jawatan-jawatan penting kerajaan hingga menimbulkan rasa curiga dan gelisah kepada umat Islam. Tindakan ini seterusnya membenihkan bibit-bibit permusuhan antara dua golongan tersebut di Syria. 


Ramai pengkaji politik di Timur Tengah berpendapat bahawa puak Syiah berjaya mencapai kedudukan politik dan ketenteraan yang tinggi semenjak deklarasi kemerdekaan Syria pada tahun 1946. Golongan Syiah berjaya mengambil alih pemerintahan negara dengan meminggirkan golongan Ahlussunnah wal Jama'ah yang telah lama menerajui perkembangan politik dan ekonmi tanah air. Hasil perancangan penjajah Perancis, pelbagai perubahan dan pindaan undang-undang yang dilakukan sejak 1949 hingga 1985.

Sebagai contoh, perubahan undang-undang dapat dilihat ketara mulai tahun 1949 hingga 1963 apabila tentera diberikan lebih dalam bidang kuasanya sementara pada tahun 1963 pula, undang-undang Syria diubah menjadi sistem parlimen sehingga tahun 1971 dalam keadaan tentera masih lagi menguasai tampuk pemerintahan.


Selepas memperoleh kemerdekaan, Syria dikenali sebagai sebuah negara yang sering berlaku rampasan kuasa. Rampasan kuasa yang pertama berlaku pada bulan Mac 1949 di bawah kepimpinan Sami Al-Hanawi.

Rampasan kuasa yang kedua pula di bawah pimpinan Hasan al-Zaim yang berlaku pada bulan Ogos tetapi ia sempat bertahan dalam beberapa tempoh sahaja. Rampasan kuasa ketiga pula berlaku pada bulan September pada tahun yang sama di bawah pimpinan Adib Al-Syisyakli.

Pada bulan Februari tahun 1954 menyaksikan rampasan kuasa keempat yang dipimpin oleh Hasyim al-Aqhasi dari tangan Adib Al-Syisyakli. Maka Januari 1957 yang kelima pula dirampas oleh Syukri al-Quutli. Seterusnya 28 September 1961 rampasan kuasa keenam oleh Tadzim al-Qudsi, yang memberhentikan pemerintahan Al-Quutli dan berakhirnya penyatuan negara Mesir-Syria di bawah nama Republik Arab Bersatu.

Seterusnya, bolehlah klik pada ayat ini, [penyatuan antara mesir dan Syria] untuk entri yang seterusnya.     

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

1 comments:

  1. Terima kasih krn membuat lawatan ke blog saya tuan..insyaallah sy akan buat sptmana yg tuan minta.

    Btw, sy tgk blog ni banyak iklan sgt la tuan...iklan2 yg menghalang tu rasanya mcm x bape molek sgt...

    Satu lg sy nampak GA kt blog tuan, setau sy iklan GA yg floating tu agak bahaya sikit dr segi TOS...

    Apapun selamat berjaya sy ucapkan. Blog sy pun bkn ramai sgt visitor....

    ReplyDelete

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger