Searching...

Proses Pembentukan Status Luar Biasa

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Proses pembentukan status luar biasa adalah penting. Ia diibaratkan sebagai sumber bahan mentah. Keadaan luar biasa perlu dibentuk bagi menghasilkan individu yang mempunyai kebolehan luar biasa. Tanpa melakukan sesuatu pembentukan, ia akan kekal di situ. Tiada perubahan pembentukan maka masih sama seperti keadaan asal bagi sesuatu bahan mentah.

Proses Pembentukan Status Luar Biasa Bagi Sesuatu Bahan Mentah

Proses pembentukan status luar biasa ini penting dalam meningkatkan harga bagi sesuatu bahan mentah. Contoh bahan mentah adalah mutiara yang belum diproses dan diambil dari tiram. Harga yang terhasil adalah berdasarkan input yang diberikan. Sekiranya kita memberi bahan mentah emas yang merupakan input, maka hasilnya yang terkeluar yakni output adalah rantai emas yang berkilau sangat cantik dan agak rare design. Harganya sudah menjadi berlipat-lipat ganda berbanding harga asal bahan mentah emas tersebut. Begitulah keadaannya.

Sebatang besi yang pada asalnya berharga RM5. Namun sekiranya dibentuk menjadi ladam kuda, harganya kini sudah mencecah RM15. Sekiranya dibentuk menjadi spring jam, harganya meningkat dengan lebih tinggi. Begitu juga hasilnya yang dapat diperolehi secara bermanfaat sekiranya ia digunakan sebagai peralatan toolkit dalam pembuatan kereta.

Sebutir mutiara yang pada asalnya berharga murah sebab dibeli dari pemburu mutiara. Namun setelah diproses dan dibentuk menjadi rantai mutiara, maka harganya kini melonjak naik mengikut harga pasaran dunia yang mempunyai permintaan tinggi tidak ketinggalan pula dengan mengikut mutu dari segi pembuatannya itu. Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger