Searching...

Adakah Anda Mahu Diserang Syaitan Melalui 10 Pintu Ini?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Berhati-hatilah kamu semua dengan hasutan dan godaan syaitan, kerana syaitan (iblis) telah bersumpah depan Allah S.W.T yang mereka akan berusaha menyesatkan umat manusia sehingga ke hari kiamat. Ini berikutan dendam selepas dilaknat oleh Allah S.W.T kerana enggan 'tunduk' dan 'sujud' kepada Nabi Adam a.s.

Berikutan dengan itu, Rasulullah S.A.W sentiasa mengingatkan umatnya supaya berwaspada dengan peranan syaitan seperti disebut di dalam hadis ini: "Pada diri anak Adam itu terdapat dua gerak rasa. Satu akan terbit daripada syaitan, manakala satu lagi daripada malaikat."

Syaitan sering menyerang kita melalui 10 pintu ini:

1. Buruk sangka. 
  • Cara mengatasinya: Menaruh kepercayaan pada seseorang dan berada dengan apa yang ada pada diri seseorang itu.

2. Cintakan dunia dan panjang angan-angannya. 
  • Cara mengatasinya: Rasa takut terhadap kedatangan maut secara tiba-tiba.

3. Cintakan nikmat dan kerehatan. 
  • Cara mengatasinya: Yakini pemberian Allah S.W.T dan takut akan balasan seksaan Allah S.W.T.

4. Ujub (Kagum dengan diri sendiri). 
  • Cara mengatasinya: Syukuri nikmat pemberian Allah dan takut akan balasaan seksaan Allah S.W.T.

5. Pandang rendah terhadap orang lain dengan tidak menghormati mereka. 
  • Cara mengatasinya: Ketahui hak-hak dan kehormatan orang lain.

6. Riak dan sukakan dengan pujian orang. 
  • Cara mengatasinya: Sentiasa ikhlas dan tawadhuk.

7. Hasad. 
  • Cara mengatasinya: Sifat qanaah iaitu berpuas hati dengan apa yang ada setelah berusaha dan berikhtiar serta redha di atas pemberian Allah  S.W.T terhadap Makhluk-Nya.

8. Bakhil. 
  • Cara mengatasinya: Yakini bahawa rezeki sentiasa datang dengan tidak disangka-sangka apabila kita menghidupkan untuk memberi.

9. Takabur. 
  • Cara mengatasinya: Sentiasa bertawakkal kepada Allah S.W.T dengan merendah diri.

10 Tamak. 
  • Cara mengatasinya: Yakin terhadap balasan Allah S.W.T dengan tidak mementingkan diri sendiri.

P/S: "Wahai orang-orang muda yang masik terlena dengan keseronokan duniawi, anda mungkin merasa terlalu awal untuk hidup menghadap Ilahi. Anda merasa lebih baik berseronok terlebih dahulu sebelum datang [lima perkara]. Benarkah hati anda pernah merasa puas setelah pergi berseronok di mana-mana?" Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger