Searching...

Adakah Tidak Takut Kepada Tuhan Adalah Punca Terhadap Masalah yang Dihadapi Manusia?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Di dunia hari ini, orang menilai masalah tidak sama. Masalah yang dimaksudkan di sini ialah sesuatu yang orang tidak suka. Sesuatu yang menekan dan menyusahkan orang. Sesuatu yang menghimpit, yang membuatkan orang risau, bimbang dan susah hati. Kebanyakan masalah tidak disukai orang. Jadi, masalah yang tidak disukai oleh manusia itu dinilai tidak sama. Kadang-kadang masalah tidak dikatakan masalah. Manakala yang bukan masalah dikatakan masalah.


Pandangan orang secara umum hari ini, ada di antara masalah itu sangat ditakuti bahkan hendak dibanteras. Di antaranya ialah masalah kemiskinan, sakit atau kemunduran. Sedangkan pada Tuhan dan pada orang bertaqwa, sakit, miskin dan kemunduran bukan masalah. Tuhan tidak kata, siapa mundur maka dia berdosa atau masuk Neraka. Adakah Hadis atau ayat Al Quran yang mengatakan, "Siapa sakit masuk Neraka?" Atau "Siapa sakit Tuhan benci?" Kalau tidak ada, itu menunjukkan ia bukan masalah.

Jadi, kenapa manusia menganggap sesuatu yang Tuhan perkatakan itu pada asalnya bukan masalah tapi dianggap sebagai satu masalah? Mengapa kebanyakan manusia sama ada pemimpin, ulama atau rakyat biasa menganggap perkara-perkara yang disebutkan tadi itu sebagai masalah. Malah apa yang menjadi masalahnya di sini ialah bilamana masalah yang bukan masalah itu dijadikan masalah, maka ia menimbulkan masalah yang lebih besar lagi. Jadi apakah masalah yang sebenarnya? Apakah masalah yang paling besar? Siapakah yang boleh menjawab persoalan ini?


Sebenarnya masalah yang paling besar ialah tidak takut Tuhan. Namun tidak pernah orang sebut bahawa masalah tidak takut Tuhan itu masalah yang paling besar. Walhal, masalah yang paling besar di dunia hari ini ialah orang  yang tidak kenal dan tidak takut kepada Tuhan.

Entri seterusnya di [sini] saya akan menerangkan kesan terhadap manusia yang tidak takut kepada Tuhan Sang Pencipta Yang Maha Agung.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger