Searching...

Al-Qur'an Sebagai Rutin Bacaan Kita, Tetapi Majoritinya Tidak Mengetahui Adabnya

Ketika membaca al-Quran, seorang Muslim perlu memerhatikan adab berikut untuk mendapatkan kesempurnaan pahala dalam pembacaannya. Membaca al-Qur'an seharusnya sudah menjadi agenda harian kita. Dengan rutin membaca, maka kita akan dimudahkan melangkah ke tahap selanjutnya iaitu, berusaha mengerti dan memahami makna daripada kegiatan rutin kita baca al-Qur'an tersebut.

Kita usahakan program rutin membaca al-Qur'an menjadi sebahagian daripada keperluan hidup kita, sepertimana keperluan harian kita adalah makan dan minum. Mudah-mudahan al-Qur'an memberi kesan ke dalam hati kita, adanya adab-adab yang perlu kita perhatikan semasa kita membacanya.

Berikut adalah adab-adab membaca al-Quran dari kitab At-Tibyan fi Adab Hamalat al-Quran oleh al-Imam an-Nawawi yang dapat disenaraikan kepada 22 perkara, iaitu:
  1. Berniat ikhlas kerana Allah S.W.T.
  2. Menggosok gigi atau bersiwak sebelum membaca al-Qur'an.
  3. Membaca al-Qur'an dalam keadaan berwuduk.
  4. Menghadap ke arah kiblat.
  5. Memulakan dengan membaca at-Ta'awwuz.
  6. Membaca al-Qur'an dari Mushaf adalah paling utama daripada membaca tanpa melihat. Walaupun begitu bagi yang ingin menghafaznya, diharuskan membaca dari segi hafazannya tanpa melihat.
  7. Membaca dengan suara yang merdu dan kuat agar dapat dihayati oleh diri sendiri dan orang lain. Al-Imam al-Ghazali ada menyatakan, jika kita bimbang akan timbul riak iaitu ingin menunjuk-nunjuk, maka membaca secara perlahan itu lebih utama. Sebaliknya jika kita dapat menjaga daripada timbulnya penyakit berkenaan, maka digalakkan membaca dengan suara yang nyaring – dipetik dari kitab Ihya' Ulumiddin.
  8. Membaca dengan penuh perhatian dan memahami ayat-ayat yang dibacakan itu.
  9. Membaca dengan tadabbur dalam keadaan menangis. Antara adab-adab tadabbur itu ialah memperlahankan suara apabila sampai pada ayat yang menyentuh mengenai sifat Allah S.W.T menurut tafsiran orang kafir. Sebagai contoh orang Yahudi mengatakan Nabi Uzair anak Allah S.W.T seperti yang disebutkan Allah dalam surah at-Taubah ayat 30. Contoh yang lain ialah persepsi mereka bahawa Allah S.W.T tidak berkuasa mengurniakan rezeki kepada hamba-Nya seperti yang difirmankan dalam ayat 64 surah al-Maidah.
  10. Memuliakan al-Qur'an. Kita dilarang membaca al-Quran sambil ketawa ataupun sambil berbual melainkan mengenai sesuatu yang amat penting.
  11. Membaca ayat dan surah mengikut susunannya dalam tertib al-Qur'an, yang dulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan.
  12. Beramal dengan ajaran al-Qur'an itu.
  13. Sentiasa membaca al-Qur'an terutama pada waktu pagi kerana Nabi S.A.W mendoakan keberkatan pada waktu itu. Diriwayatkan dalam al-Mustadrak oleh al-Hakim dari Abu Hurairah R.A bahawa Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang membaca 10 ayat, maka dia tidak akan tergolong dari kalangan orang yang lalai." – (2085, hadis sahih mengikut syarat Muslim).
  14. Berusaha menghafaz ayat al-Qur'an dan mengulang-ulang ayat itu supaya sentiasa mengingatinya.
  15. Meletakkan sasaran untuk mengkhatamkan al-Qur'an itu.
  16. Memanjatkan doa sebaik saja tamat membaca al-Qur'an kerana waktu itu adalah antara waktu mustajab doa.
  17. Dilarang membaca al-Qur'an di tempat yang tidak sewajarnya seperti di dalam tandas.
  18. Mengucup al-Qur'an kerana dikiaskan dengan mengucup Hajar al-Aswad kerana ia juga sebagai hadiah kepada Allah S.W.T.
  19. Mewangikan al-Qur'an sebagaimana meletakkan wangian pada Hajar al-Aswad.
  20. Meletakkan al-Quran di tempat yang tinggi.
  21. Berusaha untuk menghayati isi kandungan al-Qur'an sehingga membawa ke peringkat menangis atau menitiskan air mata.
  22. Tidak memberi salam kepada seseorang yang sedang membaca al-Quran.
Wallahua'lam.

Memuat...
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

2 Orang Komen Membina:

  1. salam...jom siapkan diri kita..
    sekadarfikrah.blogspot.com/2013/04/jambatan-menuju-kiamat.html

    BalasPadam

 

Jumlah Pelawat

Copyright © 2013. Nukeufo89's Blog - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger