Searching...

Anda Dilarang Memukul Anak Kecil yang Sedang Menangis! Ehh! Kenapa Pula?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Peringatan untuk ibu-ibu dan bapa-bapa yang telah lama berumahtangga, boleh tengok entri [kebahagiaan rumah tangga boleh kekal lama]. Kenapa kita dilarang memukul anak kecil yang sedang menangis?? Habis itu, kalau anak kecil itu melalak tidak tentu pasal, perlulah diajar! Ohh.. Tidak boleh juga? Ya, anda dilarang sama sekali memukul anak kecil yang sedang menangis. Sebab kenapa?? Rujuk hadis sabda Rasulullah S.A.W di bawah:

Baginda Rasulullah S.A.W bersabda:
''Janganlah kamu pukul anak-anak kamu disebabkan mereka menangis dalam masa setahun. Kerana pada empat bulan pertama kelahirannya ia bersyahadat 'LAA ILAAHA ILLALLAH.' Pada empat bulan kedua pula ia berselawat ke atas Nabi S.A.W. Dan pada empat bulan seterusnya pula ia mendoakan kedua ayah dan ibunya.'' (Hadis riwayat Abdullah Ibnu Umar r.a).

Baginda Rasulullah S.A.W menjelaskan bahawa tangisan anak di waktu kecil pada bulan pertama adalah tanda ia bertauhid kepada Tuhan-Nya (Allah S.W.T) dan empat bulan kedua pula ia membacakan selawat kepada Nabinya dan empat bulan seterusnya ia memohon istighfar untuk kedua ayah dan ibunya.


Bersabda Baginda Rasulullah S.A.W:
''Anak-anak sebelum sampai ia baligh, maka apa-apa yang di perbuatnya daripada kebaikan maka di tuliskan untuknya dan untuk kedua ibu bapanya. Dan apa yang di perbuatnya daripada kejahatan maka tiadalah di tulis untuknya dan tidak pula di tulis untuk kedua ibu bapanya. Apabila ia telah baligh maka berlakulah yang ditulis itu atasnya ia itu segala amal baik atau buruknya.'' (Hadis riwayat Imam Anas bin Malik r.a).

P/S: Anak adalah anugerah Allah S.W.T. Didiklah mereka dengan sebaik-baiknya. Asuhlah mereka dengan penuh kasih sayang bukannya secara kekerasan dan tengkingan. Janganlah tangisan mereka itu merupakan tangisan terakhir yang mampu kita dengar kesan daripada perbuatan kejam kita terhadap mereka. Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger