Searching...

Anda Sekarang Tergolong Dalam Hati yang Sedar Ataupun Hati yang Lalai?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Allah S.W.T tidak memandang kepada kekayaan, kecantikan dan kepintaran kita dalam melakukan sesuatu perkara tanpa disertai dengan niat yang lahir dari hati yang benar-benar ikhlas. Semua manusia mampu berbicara mengenai hati tetapi tidak mampu memelihara dan mengawal ia daripada sifat-sifat yang kotor seperti amarah, hasad, benci, takabbur, riak dan ujub. Boleh rujuk pada ayat, bagi mereka yang belum tahu lagi [cara hendak hindarkan sifat-sifat kotor] tersebut.

Malah rupa sahaja yang cantik tetapi hati gelap dirasuki syaitan dan dipengaruhi oleh hawa nafsu. Ego untuk menerima teguran, berbangga dengan kepetahan dalam percakapan di khalayak ramai tanpa mempraktikkan apa yang disampaikan, mengatakan diri sendiri sahaja yang betul, merasakan diri sendiri lebih hebat daripada orang lain, memandang orang lain dengan pandangan hina dan sebagainya antara penyakit hati yang mewarnai kehiupan umat Islam pada hari ini.

Ketahuilah sahabat yang dikasihi, semua ujian hati ini akan lebih teruji pada insan-insan yang bekerja untuk agama Islam. Iaitu mereka yang peka terhadap ajaran Islam, dan yang selalu berpesan dengan kebenaran. Ia kadang-kadang tidak pernah disedari sebati di dalam jiwa kita, bagaikan terpalit seperti terpalitnya najis di kain putih yang sebelumnya tidak pernah dikotori. Air mata yang insaf tidak mampu membersihkannya kerana hati sering mentaati bisikan mungkar yang mengajak untuk mengulangi perbuatan mungkar.

Hati yang sedar berbeza daripada hati yang lalai. Hati yang sedar sentiasa menginsafi akan hakikat kejadiannya pada masa orang lain tidak menyedarinya. Hati yang sedar ini, faham bahawa ia dijadikan untuk mengabdikan diri kepada Allah S.W.T sahaja. Taat dan patuh kepada segala perintah-Nya tanpa rasa berbelah-bagi ataupun merasa keberatan. Hati yang sedar ini juga, insaf bahawa ia akan kembali kepada Allah S.W.T dan dipersoalkan tentang segala apa yang telah dilakukan di dunia.

Hati yang sedar yakin dan benar-benar beriman kepada Allah S.W.T. Hati yang sedar adalah hati yang gementar terhadap kekuatan Allah S.W.T, hati yang beriman kepada Allah S.W.T dan hari akhirat berserta rukun iman dan selain itu, rela mengorbankan segala jiwa dan raga demi perjuangan Islam (memperjuangkan agama Allah S.W.T). Imannya sentiasa menjadi pemancar untuk setiap amalannya. Apa jua yang dilakukannya hanyalah untuk mendapat keredhaan-Nya. Sentiasa terbayang akan janji-janji Allah S.W.T dibenaknya yang tidak terpaut dengan dunia dan sentiasa takut dengan seksaan Allah S.W.T kelak.

Hati yang lalai membenci dan menentang kebenaran. Redha bersama kebathilan yang ada walaupun mengecapi nikmat Allah S.W.T tanpa bersyukur. Hati yang sedar akan sering menjaga syahsiah dan akhlaknya. Mudah mengukir senyuman dan memberi salam, menghormati dan meraikan sahabat ketika bercakap. Hati yang sedar akan sering bermunajat kepada Allah S.W.T di malam hari ketika manusia lain sedang nyenyak tidur.

Saksikan klip video di bawah yang bertajuk I'tiraf yang dinyanyikan oleh band Gigi berserta lirik lagu di bawah:


Lirik lagu di bawah bagi klip video lagu di atas:

Wahai Tuhan ku tak layak ke surga-Mu
Namun tak pula ku tak sanggup ke neraka-Mu
Ampunkan dosaku, terimalah tobatku
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar

Dosa-dosaku bagaikan pasir di pantai
Dengan rahmat-Mu ampunkanlah oh Tuhanku
Wahai Tuhanku selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan

Aku lah hamba yg mengharap belas dari-Mu
Aku lah hamba yg mengharap belas dari-Mu
Aku lah hamba yg mengharap belas dari-Mu
Aku lah hamba yg mengharap belas dari-Mu

Wahai Tuhanku selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan
Kami takut, kami harap kepada-Mu
Suburkanlah cinta kami kepada-Mu

P/S: Ya Allah, ku insan yang hina dan tidak layak untuk ke syurga-Mu. Ku gagahi diri ini untuk mendekati-Mu, Pandanglah aku dengan pandangan rahmat-Mu dan ampunkanlah segala dosaku. Amin. Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

2 comments:

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger