Searching...

Bagaimana Kekasih Allah Boleh Bahagia Dengan Masalah?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Ada masalah di dalam kehidupan bukanlah satu masalah. Masalah memang sudah menjadi sunnatullah di dalam kehidupan dalam kalangan insan. Yang menjadi masalah bukanlah pada masalah itu, yang menjadi masalah adalah orang yang tidak tahu apa peranan Tuhan. Tidak kenal Tuhan dan peranan-Nya itulah yang sebenarnya  punca masalahOleh itu, sudah menjadi dua masalah pula; yang bukan masalah akan menjadi masalah dan yang ada masalah memang sentiasa bermasalahApabila tidak kenal peranan Tuhan, maka masalah itu sememangnya menjadi masalah, maknanya dua kali masalah yang dihadapinya itu.

Tuhan datangkan berbagai-bagai masalah kepada kekasih-Nya. Tuhan tahu bagi mereka, masalah adalah bukan masalah. Masalah adalah ujian dari Tuhan. Oleh sebab itulah mereka ditimpakan masalah, bagi mereka masalah itu adalah ibadah. Masalah itu adalah pahala dan Syurga. Masalah itu adalah kecintaan dan keredhaan Allah S.W.T. 

Kerana itulah masalah itu, mereka tidak  menjadikan ianya sebagai suatu masalahBahkan mereka rasa bahagia dengan masalahDengan masalah, rasa kehambaan mereka bertambah. Rasa kehambaan itu adalah ibadah bagi mereka, pangkat dan darjat di dalam Syurga. Oleh itu, Tuhan sering sahaja menambahkan mereka itu dengan berbagai-bagai bentuk masalahTuhan bertambah cinta dan kasihan kepada mereka dengan masalah, yang mereka anggap bukan masalah tapi sebenarnya merupakan ibadah. Maha Suci Tuhan menyeksa kekasih-kekasih-Nya.


Orang bodoh sahaja yang tidak faham kerja-kerja Allah S.W.T. Pada Tuhan, masalah yang ditimpakan kepada kekasih-kekasih-Nya bukanlah suatu masalahKerana itulah, Tuhan biarkan sahaja mereka berhadapan dengan masalahDengan masalah-masalah itulah sebenarnya mereka mendapat ketinggian darjat di dalam Syurga. Sungguh pelik kerja Tuhan, sukar hendak difahami oleh orang-orang biasa seperti kita ini.


P/S: Cuba anda kira berapa banyak perkataan [masalah] yang ada dalam entri ini? Saya dah 'highlight'kan, cuma anda tinggal kira sahaja. Sekian.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger