Searching...

Bandar Damaskus Semakin Nazak. Tentera Lubnan (Hizbullah) dan Iran Menyokong Basyar Assad.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Dalam Sehari, Rejim Syiah telah Membunuh 126 rakyat Syria dan Mencederakan Ratusan Orang di Bandar Damaskus.

Mesin perang rejim Basyar al-Assad terus mengamuk dan menyerang rakyatnya sendiri. Sepanjang pagi hari pada hari Jumaat 19 April 2013, pesawat-pesawat tempur dan pelbagai bentuk persenjataan lainnya dikerahkannya untuk menyerang secara membabi-buta ke kawasan pemukiman. Di Jaidah al-Fadl di pinggir bandar Damaskus, puluhan orang penduduk kampung itu sekaligus menemui syahid (Insya'-Allah) sementara sekitar dalam 600 orang yang lainnya mengalami cedera parah.

Sambil mengebom, merudal (rujuk [sini]), meroket dan menembak, pasukan Assad juga melakukan penggeledahan dan penangkapan-penangkapan di seluruh kawasan di Suriah, termasuk di Jaidah al-Fadl.

Sampai di penghujung hari Jumaat tersebut, menurut dari pelbagai sumber termasuk Al-Arabiya dan Local Coordination Committees (LCC), jumlah syuhada' (biidznillah) disebabkan pelbagai serangan pasukan rejim Assad telah mencapai 126 jiwa, termasuk 13 wanita dan 19 kanak-kanak. Sebanyak 56 orang yang mati itu ada di Damaskus dan kawasan pinggirnya, 22 di Homs terutama di Deir Balbah, 21 di Idlib, 13 di Aleppo, 6 di Dara'a, 2 orang di Deir Ezzur, 1 di Raqqah, 1 di Qunaitra dan seorang lagi di Hama.

Keadaan kecemasan sudah sedemikian parahnya sehinggakan hospital-hospital sudah kehabisan pembalut luka (bandage).

Demikian itu, dalam video yang sudah ber-subtitle dalam bahasa Inggeris ini, seorang doktor di Homs menggambarkan pada 17 April 2013 yang lalu, betapa kejamnya serangan-serangan yang dilakukan oleh rejim Basyar al-Assad, termasuk dengan menggunakan rudal Scud yang menyebabkan kematian begitu ramai rakyatnya sendiri. Nak tahu info mengenai rudal scud, boleh rujuk di [sini], pada bahagian bawah entri.

Saksikan klip video di bawah:



Gelombang Demonstrasi Meluas.

Pada hari Jumaat tersebut, ditandai dengan gelombang demonstrasi yang semakin meluas dan terjadi setelah selesai solat Jumaat di adakan di kebanyakan bandar. Seperti juga pada hari-hari Jumaat lalu yang diberi pelbagai nama oleh para pendemo dan pembangkang. Hari Jumaat 19 April 2013 ini, diberi nama "Jum'at: Iran dan Hizbullah, kamu semua akan hancur bersama al-Assad."

Nama itu merujuk kepada semakin terbukanya keterlibatan ketenteraan Syiah Hizbullah dari Lubnan dan disertai dengan sokongan di Iran terhadap rejim Basyar al-Assad. Diberitakan oleh pelbagai sumber pada hari Jumaat tersebut bahawa ratusan tentera Hizbullah pada hari itu, masuk ke Suriah dengan memakai kad pengenalan rakyat Suriah, untuk menyokong Basyar al-Assad.

Di kawasan Jaidah al-Fadl dan Jaidah al-Artouz di pinggir bandar Damaskus, pasukan Assad yang melakukan serangan dan penangkapan-penangkapan itu disertai oleh sejumlah tentara Hizbullah, demikian dilaporkan oleh Local Coordination Committees. Pihak Mujahidin FSA (Free Syrian Army / Jaysul Hurr), pada hari tersebut melaporkan sejumlah pertempuran termasuk di pinggir bandar Damaskus di mana mereka membunuh 5 orang tentara Hizbullah.

Wallahua'lam. Sumber dari Syria Care.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger