Searching...

Benarkah Setiap Kejadian Ada Hikmahnya?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Setelah kamu berusaha belajar, kamu tetap juga tidak menjadi orang yang pandai sebagaimana yang kamu harapkan. Jadi, kamu tidak pernah menempa kejayaan yang luar biasa dalam suatu pelajaran. Adakah kamu hendak menyoal Tuhan seperti soalan begini - Mengapa Engkau (Allah) tidak mahu beri aku kepandaian untuk meraih kejayaan?

Allah maha mengetahui daripada kamu. Kalau kamu lebih pandai lagi, maka kamu akan merosakkan diri kamu sendiri dengan perbuatan kamu itu. Mungkin juga kamu akan merosakkan masyarakat kamu. Dan mungkin juga kamu akan memperlekeh dan menindas orang yang kurang pandai daripada kamu? Siapa tahu?

Setelah kamu berusaha mencari kekayaan. Namun kamu tetap miskin juga, maka jangan bertanya kepada Tuhan mengapa kamu berkeadaan sedemikian. Allah telah membuat ke atas diri kamu itu ada ukuran, ada didikan, ada pengajaran untuk keselamatan bagi seseorang hamba-Nya seperti kamu. Kalau kamu rosak juga, bermakna kamu tidak pandai menyesuaikan diri kamu mengikut keadaan.

Apabila kamu terasa sakit-sakit selepas kamu berusaha untuk sihat maka jangan ada perasaan tidak senang hati terhadap Tuhan. Tuhan Maha Bijaksana daripada kamu. Kamu berkata; - Tetapi sihat kan lebih baik? Itu perasaan kamu dan kehendak kamu. Tapi Tuhan Maha Mengetahui tentang apa sebabnya perlu diperturunkan kesakitan terhadap diri kamu. Kalau kamu sihat, mungkin kamu akan menjadi jahat lagi. Maka sakit itu sebenarnya padanlah bagi diri kamu dijadikannya musibah sebagai penebus dosa-dosa silam kamu.

Kalau kamu rakyat jelata, tidak berpangkat dan tidak berkuasa, maka kamu bersedih dan merintih. Kesal tidak berkesudahan. Boleh jadi kamu merasakan Tuhan tidak adil terhadap diri kamu. Kedudukan kamu itu padanlah dengan kamu. Mana kamu boleh jamin, jikalau kamu berpangkat dan berkuasa, adakah kamu akan berlaku adil terhadap orang yang berada di bawah kamu? Apakah jaminan kamu untuk tidak menyalahgunakan kuasa sekiranya kamu berkuasa?

Jika kamu selalu sahaja ditimpa bala bencana, maka redhalah. Di situ pasti ada kebaikannya (hikmah), percayalah. Kalau Tuhan tidak melakukan sebegitu terhadap diri kamu, mungkin kamu akan menjadi seorang penzalim atau seorang pengacau. Justeru itu, redhalah dengan ketentuan Ilahi.

Allah S.W.T tidak pernah melakukan sesuatu dengan sia-sia. Allah tiada main-main dalam ciptaan-Nya. Allah tidak pernah menganiaya hamba-Nya dengan sengaja. Setiap apa yang dilakukan oleh-Nya, pasti ada hikmah disebaliknya. Ada pendidikan dan ada pengajaran pula.

Kita tidak akan pernah tahu apa yang akan berlaku terhadap nasib kita pada masa hadapan, tetapi Allah Maha Mengetahui segala-galanya pada masa hadapan. Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger