Searching...

Bukti Gerak Rasa Manusia Mengatakan Syaitan Musuh yang Nyata

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Syaitan bersumpah di hadapan Allah S.W.T bahawa mereka akan berusaha untuk menyesatkan umat manusia sehingga ke hari kiamat. Ini berikutan dendamnya selepas dilaknat oleh Allah S.W.T kerana keenganannya bersujud kepada Nabi Adam a.s atas perintah Allah S.W.T.

Berikutan dengan itu, Rasulullah S.A.W sentiasa mengingatkan umatnya supaya berwaspada dengan peranan syaitan seperti yang terdapat dalam entri [10 perangkap syaitan].

Adapun yang terbit daripada syaitan itu ialah perasaan menakutkan dengan satu kejahatan yang akan menimpanya serta menyuruh supaya kebenaran itu didustakan. Rasa yang terbit daripada malaikat pula ialah menjanjikan dengan kebaikan dan menyuruh supaya yang benar itu di benarkan.

Barangsiapa mendapati pada dirinya gerak rasa atau lintasan hati itu, hendaklah dia ketahui bahawa ia datang daripada Allah S.W.T dan kalau yang pertama tadi dirasainya, maka hendaklah dia memohon perlindungan  dari Allah S.W.T daripada godaan syaitan.

Lalu Rasulullah S.A.W membaca ayat berikut yang bermaksud:
"Syaitan berjanji (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu melakukan kejahatan, sedangkan Allah menjanjikan kepada kamu keampunan daripadanya dan kemuliaan."

Rasulullah S.A.W kemudian memberikan kaedah terbaik untuk mengelak  daripada hasutan syaitan iaitu: "Sesungguhnya syaitan mengalir di dalam badan anak Adam melalui saluran darahnya. Maka sempitkan saluran itu dengan berpuasa."

Syaitan merupakan makhluk Allah S.W.T yang diciptakan daripada api. Syaitan ialah musuh utama bagi seseorang mukmin seperti yang kerap kali diulang oleh Allah S.W.T di dalam Al-Quran. Firman Allah S.W.T:

إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَاتَّخِذُوهُ عَدُوًّا إِنَّمَا يَدْعُو حِزْبَهُ لِيَكُونُوا مِنْ أَصْحَابِ السَّعِيرِ

Maksudnya: "Sesungguhnya syaitan ialah musuh kepada kamu, maka jadikanlah dia musuh. Sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi penduduk neraka." (Surah Faathir ayat 6).

Kita haruslah sedaya upaya berusaha untuk menjauhi amalan-amalan yang diwarisi oleh syaitan atau perbuatan yang boleh menyebabkan kita menjadi  sebahagian daripada pengikutnya. Walaupun kita berdepan dengan musuh yang tidak dapat kita lihat, hadis-hadis Rasulullah S.A.W banyak mendedahkan hakikat sebenar syaitan dan cara-cara untuk menghindari tipu  daya muslihatnya.

Kredit untuk blog Cahaya Petra.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger