Searching...

Cara Manusia Menilai Masalah Sudah Tidak Tepat Lagi

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Nilaian manusia hari ini terhadap masalah pun sudah tidak tepat. Mereka menilai masalah yang kecil dan remeh-temeh sebagai masalah besar. Contohlah miskin itu adalah suatu masalah. Itu perkara remeh-temeh tetapi  kini sudah menjadi masalah besar. Bahkan berlakunya macam-macam masalah dan kerosakan yang lebih besar di dunia hari ini adalah berasal daripada perkara yang orang anggap bukan masalah. Semuanya berpunca daripada tidak takut kepada Tuhan.


Kerosakan atau masalah yang ditimbulkan oleh orang miskin atau orang bodoh yang tidak takut kepada Tuhan hanya kecil-kecil saja. Sebaliknya kerosakan yang dibuat oleh orang-orang cerdik pandai atau pemimpin yang tidak takut kepada Tuhan, mengakibatkan negara lingkup dan kehabisan wang serta khazanah negara.

Jadi bila semakin banyak perkara yang dianggap masalah maka semakin banyak masalah timbul. Perkara kecil menjadi besar dan masalah besar dikatakan kecil. Ada masalah yang paling besar tapi tidak dianggap pula masalah iaitu masalah tidak takut kepada Tuhan. Walhal daripada tidak takut  kepada Tuhan, maka lahirlah berbagai-bagai masalah. Yang tidak menjadi masalah pun akhirnya turut sama menjadi masalah.


Jadi hal-hal yang sebeginilah yang mesti difahami oleh semua orang. Kalau kita tidak kenal masalah, maka masalah tidak pernah akan habis. Semakin difikirkan masalah, semakin banyak masalah yang akan timbul. Sedangkan bagi Tuhan, masalah paling besar bagi manusia ialah orang yang tidak takut kepada Tuhan. Bila tidak takut kepada Tuhan, maka yang buruk akan bertambah buruk dan yang baik pun turut menjadi buruk. Sebagai contoh bagi jawatan seseorang, ia adalah perkara baik tetapi bila tidak takut kepada Tuhan, maka ia akan menjadi negatif dan akan melahirkan kerosakan terhadap seseorang.


Jadi para pejuang kebenaran mesti berani mengetengahkan perkara ini dalam forum, ceramah, motivasi, majalah atau apa-apa saja media massa supaya dunia dapat melihat apa sebenarnya masalah yang berlaku. Padahal bagi Tuhan, siapa pun yang memperjuangkan kebenaran, masalah paling besar ialah orang yang tidak takut kepada Tuhan.  Bila tidak takut kepada Tuhan,  yang buruk bertambah buruk dan yang baik menjadi buruk. Jawatan baik tetapi bila tidak takut kepada Tuhan, ia akan menjadi negatif.

Saya ulang lagi, masalah yang paling besar ialah tidak takut kepada Tuhan.  Bila tidak takut kepada Tuhan, yang positif akan bertukar menjadi negatif dan yang negatif akan bertambah negatif. Yang baik akan menjadi buruk. Yang buruk akan bertambah buruk. Puncanya kerana tidak takut kepada Tuhan kerana orang yang tidak takut kepada Tuhan akan menyalahgunakan apa yang ada seperti menyalahgunakan kemiskinan, kemunduran, sakit, ilmu, kekayaan, jawatan, kepandaian dan lain-lain lagi. 


Positif dan negatif akan menjadi sama. Yang buruk tetap menjadi buruk. Yang baik pun menjadi buruk kerana tidak takut kepada Tuhan. Berapa banyak masalah jadinya? Sepatutnya biarlah yang baik  tu tidak terlibat dalam masalah. Biarlah masalah atau perkara yang negatif sahaja yang menjadi masalah, mengapa yang bukan masalah turut menjadi masalah? [Masalahnya ialah tidak takut kepada Tuhan].

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger