Searching...

Cara Tuhan Menghukum Hambanya Melalui Musibah Sama Ada +ve Atau -ve

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Baiknya Tuhan, tetapi sikap kederhakaan terhadap-Nya telah dilakukan oleh hamba-hamba-Nya. Tuhan tidak menghukum hamba-Nya dengan segera. Tuhan biarkan sahaja terlebih dahulu. Tuhan bagi dia peluang berfikir, sedar dan insaf.

Dengan cara Tuhan jadikan depan matanya berbagai-bagai kejadian. Kejadian sama ada positif ataupun negatif untuk menyedar dan menginsafkan. Atau Tuhan hukum secara sedikit-sedikit atau sekali-sekala pada dirinya untuk insaf (melalui musibah). Setelah melalui berbagai-bagai pendidikan tidak juga insaf.

Tuhan pun rentap segala nikmat dan rahmat-Nya. Mati mengejut akibat kemalangan atau bencana alam, dan lumpuh yang berpanjangan. Maka ditimpa bala yang berat contohnya berlaku bencana dan huru-hara di dalam keluarga atau tidak ada kasih sayang sesama mereka. Selain itu, Tuhan biarkan begitu sahaja tanpa dihukum. Selepas mati nanti barulah dihukum dengan parahnya. Seksa ketika hendak mati, azab kubur penderitaan di Padang Mahsyar, dan kemuncak penderitaan ialah Neraka.

Diharap kita dapat ambil perhatian dan renungan ini. Semasa hidup, kita sempat lagi boleh berfikir dan memperbaiki diri dan menambah amalan kita. Masanya belum lagi terlambat, maka dekatkanlah diri segera kepada Tuhan. Takutlah kepada Allah S.W.T dan cintailah Dia. Berkasih sayanglah sesama manusia, apatah lagi sesama keluarga. Setelah mati, segala-galanya peluang untuk memperbaiki diri sudah tertutup pintu taubat. Maka mulai dari sekarang, sedar dan insaflah diri ini sebelum terlambat.


Wallahua'lam.
Kredit untuk blog Cahaya Mukmin.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger