Searching...

Ciri-ciri Mukmin Pakar/Profesional yang Perlu Anda Ketahui

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Dengan sifat mukmin seseorang itu akan memiliki nilai-nilai yang baik (sifat mahmudah) seperti integriti, jujur, amanah dan lain-lain. Dengan sifat profesional, seseorang itu akan mempunyai kepakaran dan keterampilan dalam melaksanakan peranan dan tanggungjawab dengan cekap dan berkesan dalam bidang pengurusan, pentadbiran, pendidikan, ekonomi dan lain-lain.

"Dua keunggulan ini (rujuk graf di atas) sangat diperlukan dalam sesebuah keluarga, masyarakat, organisasi dan negara."
Mukmin pakar/profesional ialah mereka yang berkemampuan menyejajarkan dan menyepadukan pelaksanaan fardhu ain dan fardhu kifayah, tanggungjawab hamba dengan khalifah, kesinambungan ilmu naqli dengan aqli, kesucian zikir (kebersihan hati) dan kekuatan fikir (kecanggihan teknologi) dalam kehidupan.

Di bahu golongan seperti inilah terpikulnya satu misi besar untuk merealisasikan keunggulan Islam secara holistik, merangkumi aspek spiritual dan material bertunjangkan akidah, syariah dan akhlak. Modal insan yang perlu kita hasilkan ialah mereka yang mempunyai pegangan yang mantap dari sudut keimanan (fardhu ain) sekaligus mempunyai kemahiran dan ilmu dalam bidang-bidang profesional seperti ekonomi, kejuruteraan, kedoktoran, kebudayaan, dan lain-lain (fardhu kifayah).
"Dengan sifat mukmin, mereka mampu memperbaiki keadaan umat yang dilanda pelbagai gejala sosial, jenayah dan keruntuhan akhlak. Manakala dengan kepakaran, mereka mampu menyelesaikan masalah umat yang ketinggalan dalam bidang ekonomi, akademik, teknologi, dan sains."

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger