Searching...

Cuma Satu Kawasan Kampung Sahaja, Sudah Lebih 450 Orang Terbunuh (18SG)

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Kampung Jadidah Al-Fadhl, di pinggir wilayah Damaskus, sekali lagi menjadi ladang pembantaian pada hari Ahad, 21 April 2013. Pasukan tentera Syiah rejim Basyar al-Assad masuk ke kawasan ini dengan kereta kebal dan persenjataan yang lengkap, lalu menyerbu ke rumah-rumah dan membunuh penduduk pada masa itu juga di tempat penduduk kampung itu ditemukan. Kebanyakan kematian yang ditemukan adalah dari kalangan wanita dan kanak-kanak. Mereka dibunuh dengan pisau dan senjata tajam lainnya.

Para syuhada di Jadidah Al-Fadhl ini adalah sebahagian daripada 566 penduduk yang maut sepanjang hari Ahad kelmarin, menurut hasil dokumentasi para aktivis kemanusiaan Local Coordination Committees. Menurut mereka juga, sebanyak 483 orang syuhada' lain ditemukan di Damaskus dan kawasan di pinggirnya dan sebahagian besar daripada mereka maut dibunuh di Jadidah Al-Fadhl, 15 di Homs, 5 di Hama, 23 di Aleppo, 7 di Deir Ezzur, 21 di Idlib, 12 di Dara'a, dan 14 di kampung Maghara. Sejumlah kawasan dijumpai semua bukti bahawa pasukan rejim Syiah menggunakan senjata kimia dalam serangan mereka yang kini tidak lagi mensasarkan para Mujahidin Suriah, tapi sudah membabi-buta menyerang kawasan-kawasan penduduk biasa.


Bom Vakum, Bom Cluster dan Serangan Artileri.

Local Coordination Committees juga mendokumentasi terjadinya penyerangan di 294 titik (tempat) di pelbagai kawasan bandar dan kampung di Suriah. Pesawat-pesawat tempur milik rejim Basyar al-Assad melakukan pengeboman sekurang-kurangnya 10 titik (tempat) di seluruh Suriah. Dua titik (tempat) di kawasan Muadhamiya dan Daraya. Manakala tepi Damaskus dihujani dengan bom vakum.

Dilaporkan bahawa penyerangan di kawasan Sarmeen, Binnish dan Sayad di Idlib dengan penguguran bom cluster. Dilaporkan pula terjadinya penyerangan artileri pada 126 titik (tempat) di seluruh kawasan di Suriah.


Pertempuran.

Pertempuran di kawasan lapangan antara para Mujahidin FSA (Free Syrian Army / Jaysul Hurr) dengan pasukan rejim Syiah terjadi di 108 lokasi, termasuk di Ateibeh, tepi Damaskus di mana para pejuang telah berjaya menjatuhkan sebuah pesawat milik rejim Syiah pada masa pesawat milik rejim tersebut sedang meluncurkan serangan ke bandar-bandar di sekitarnya.

Mujahidin FSA juga berjaya menghancurkan sebuah kenderaan tentera yang sedang membawa tentera rejim Syiah dan menewaskan 25 orang diantara mereka. Sementara itu, Mujahidin FSA melancarkan serangan mortar ke markas Syabiha (tentera kakitangan awam milik rejim Assad) di Deir Khabieh tepi Damaskus, dan markas tentera rejim Syiah daerah Harasta, sejumlah tentera rejim dilaporkan terbunuh dalam serangan ini. 

Mujahidin FSA dikhabarkan telah berjaya menewaskan 100 orang tentara rejim  Syiah yang berusaha menyerbu masuk ke kawasan kampung. Selain itu, Mujahidin FSA juga, telah berjaya membebaskan kampung bernama Jeb Zreqq di bandar Nahya al-Hamra. Mereka juga telah menyerbu masuk ke sebuah checkpoint tentera di Qatana. Sejumlah markas syabihah (tentera kakitangan awam milik rejim Assad) juga, mereka telah menyerang dengan menggunakan pelancar rudal (pelancar peluru berpandu) dan mortar.

Sebanyak 100 orang tentara rejim Basyar al-Assad yang berasal dari bandar Aleppo dari Division 5 dan 9 dilaporkan membelot dan bergabung dengan Mujahidin FSA di Ariha, bandar Idlib.

Wallahua'lam. Sumber dari Syria Care.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger