Searching...

Dasar Pengambilan yang Manakah Untuk Dijadikan Modal Insan yang Diidamkan?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Untuk itu, mari kita merujuk kepada wahyu menerusi Al-Qur'an. Al-Qur'an telah merakamkan peristiwa kekaguman dua orang anak perempuan Nabi Syuaib a.s iaitu Liya dan Syafura terhadap Nabi Musa a.s dalam satu peristiwa di padang pasir Madyan. Mereka berdua terpegun dengan Nabi Musa iaitu seorang pemuda gagah dan berakhlak yang telah menolong mereka mengangkat penutup sumber air untuk kambing-kambing peliharaan mereka. Atas pertolongan itu, akhirnya Nabi Musa a.s ditawarkan kerja oleh Nabi Syuaib a.s setelah si anaknya itu menceritakan tentang kebaikan akhlak dan kegagahan Nabi Musa a.s.

Kata-kata anak Nabi Syuaib dalam kisah yang penuh ibrah ini diabadikan oleh Allah S.W.T menerusi firman-Nya:

قَالَتْ إِحْدَاهُمَا يَا أَبَتِ اسْتَأْجِرْهُ إِنَّ خَيْرَ مَنِ اسْتَأْجَرْتَ الْقَوِيُّ الْأَمِينُ

Maksudnya: Salah seorang daripada kedua-duanya berkata: "Wahai ayah, ambilah dia memjadi orang upahan (pengembala kambing), sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah." (Surah Al-Qasas ayat 26).


Inilah salah satu dasar pengambilan bagi asas penubuhan gagasan mukmin yang pakar lagi professional yang hendak diketengahkan ini. Maksudnya, inilah produk terakhir (end product) modal insan yang kita idamkan. Yakni manusia yang baik kelakuannya, sekaligus baik pula pekerjaannya.


Secara mudah, al-Amin (amanah) merujuk kepada mukmin. Manakala al-Qawiy (kuat), merujuk kepada pakar/profesional. Atau dalam istilah kontemporari, al-Amin juga boleh dirujuk sebagai integriti. Manakala al-Qawiy sebagai kompetensi. Entri sebelumnya bolehlah klik pada ayatnya, untuk melihat [penjenamaan semula imej Islam ke arah profesional].



Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger