Searching...

Gangguan Syaitan Ketika Dalam Solat yang Kita Masih Lagi Tidak Sedari

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

1. Berasa was-was ketika melakukan takbiratul ihram:

Ketika membaca takbiratul ihram, 'Allahu Akbar', seseorang akan berasa ragu-ragu adakah takbir yang dilakukannya itu sah atau belum sah. Sehinggakan dia mengulanginya sekali lagi dengan membaca takbir. Perasaan itu akan berterusan kadang-kadang sampai imam hampir hendak rukuk.

Ibnu Qayyim berkata, "Termasuk tipu daya syaitan yang banyak mengganggu mereka adalah was-was dalam bersuci (berwuduk) dan niat atau ketika takbiratul ihram dalam solat." Was-was itulah membuatkan mereka terseksa.


2. Tidak memberi tumpuan ketika membaca bacaan dalam solat:

Sahabat Rasulullah S.A.W, Uthman bin Abil 'Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah." Rasulullah S.A.W menjawab, "Itulah syaitan yang disebut dengan khinzib." Rasulullah S.A.W menjawab lagi, "Apabila kamu berasakan kehadirannya, maka ludahlah kekiri sebanyak tiga kali dan berlindunglah kepada Allah S.W.T." "Aku pun melakukan hal itu dan Allah S.W.T menyelamatkan aku daripada gangguan itu" (Hadis Riwayat Muslim).


3. Lupa jumlah rakaat yang dikerjakan:

Abu Hurairah r.a berkata, sesungguhnya Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud; "Jika seseorang daripada kamu semua solat, maka syaitan akan datang kepadanya untuk menggoda sampai kamu tidak tahu berapa rakaat yang kamu kerjakan. Apabila seseorang daripada kamu semua mengalami hal seperti itu, maka hendaklah kamu sujud dua kali (sujud sahwi) ketika kamu masih duduk dan sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan salam." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).


4. Hadirnya fikiran yang memalingkan tumpuan:

Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud; "Apabila dikumandangkan azan solat, syaitan akan lari bertempiaran sambil terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan. Apabila muazin selesai azan, ia kembali lagi dan jika iqamat dikumandangkan pula ia pun berlari. Apabila selesai iqamat, ia kembali semula lagi. Ia akan selalu bersama orang yang solat sambil berkata kepadanya, 'Ingatlah apa yang tadinya tidak kamu ingat!' Sehingga orang itu tidak tahu berapa rakaat mereka solat." (Hadis Riwayat Bukhari).


5. Tergesa-gesa menyelesaikan solat:

Ibnu Qayyim berkata; "Sesungguhnya tergesa-gesa itu datang daripada syaitan, kerana tergesa-gesa adalah sifat gelabah yang menghalangi seseorang untuk berhati-hati, tenang dan santun serta meletakkan sesuatu pada tempatnya. Tidak ada ketenangan atau thoma'ninah. Pada zaman Rasulullah ada orang solat dengan tergesa-gesa. Akhirnya Rasulullah memerintahkannya untuk mengulanginya kerana solat yang ia kerjakan belum sah lagi."

Rasulullah bersabda kepadanya; "Apabila kamu solat, bertakbirlah (takbiratul ihram). Lalu bacalah daripada al-Quran yang mudah bagimu, lalu rukuklah sampai kamu benar-benar rukuk (thoma'ninah), lalu bangkitlah daripada rukuk sampai kamu tegak berdiri. Kemudian sujudlah sampai kamu benar-benar sujud (thoma'ninah) dan lakukanlah hal itu dalam setiap rakaat solatmu." (HadisRiwayat Bukhari dan Muslim).


6. Melakukan gerakan yang tidak perlu:

Dahulu ada seorang sahabat yang bermain kerikil ketika sedang bertasyahud. Ia membolak-balikkannya. Melihat hal itu, Ibnu Umar segera menegurnya selepas solat; "Jangan bermain kerikil ketika solat kerana perbuatan itu berasal daripada syaitan. Tapi kerjakan seperti apa yang dikerjakan  oleh Rasulullah." Orang itu bertanya, "Apa yang dilakukannya?" Kemudian Ibnu Umar meletakkan tangan kanannya di atas paha kanannya dengan jari telunjuk menunjuk ke arah kiblat atau tempat sujud. "Demikianlah saya melihat apa yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W itu," kata Ibnu Umar (Hadis Riwayat Tirmidzi).


7. Melihat ke kiri atau ke kanan ketika solat:

Sedar atau tidak jika seseorang itu melihat ke kiri atau ke kanan, itu adalah akibat daripada godaan syaitan yang menggoda. Kerana itu, selepas takbiratul ihram, pusatkan pandangan kita pada satu titik iaitu tempat sujud. Sehingga perhatian kita menjadi fokus dan dicuri syaitan. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Aisyah r.a beliau berkata, "Saya bertanya kepada Rasulullah S.A.W hukum melihat ketika solat." Rasulullah menjawab, "Itu adalah curian syaitan atas solat seorang hamba." (Hadis Riwayat Bukhari).


8. Menguap dan mengantuk:

Rasulullah S.A.W bersabda bermaksud; "Menguap ketika solat itu datang daripada syaitan. Kerana itu, apabila kamu ingin menguap, maka tahanlah" (Hadis Riwayat Thabrani).

Dalam riwayat lain Rasulullah bersabda, "Ada pun menguap itu datangnya daripada syaitan, maka hendaklah seseorang itu mencegahnya (menahannya) selagi mana ia boleh. Apabila ia berkata 'ha …' bererti syaitan tertawa dalam mulutnya" (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).


9. Bersin berulang kali ketika solat:

Syaitan ingin mengganggu kekhusyukan solat dengan bersin sebagaimana yang dikatakan oleh Abdullah bin Mas'ud, "Menguap dan bersin dalam solat itu berasal daripada syaitan." (Riwayat Thabrani).

Ibnu Mas'ud berkata, "Bersin yang tidak disenangi Allah adalah yang terjadi dalam solat sedangkan bersin di luar solat itu tetap disenangi Allah. Hal itu tidak lain kerana syaitan memang ingin mengganggu solat seseorang dengan pelbagai cara."


10. Terasa ingin buang angin atau buang air:

Rasulullah bersabda yang bermaksud; "Apabila seseorang daripada kamu semua bimbang apa yang dirasakan di perutnya adakah keluar sesuatu daripadanya ataupun tidak, janganlah sesekali kamu keluar dari masjid sampai kamu yakin mendengar suara (keluarnya angin) atau mencium baunya." (Riwayat Muslim).


Berbahagialah orang Muslim yang selama ini terbebas daripada pelbagai macam gangguan syaitan ketika dalam solat mereka. Semoga kita semua dibebaskan Allah daripada gangguan berkenaan.

P/S: Bagi sesiapa yang merasakan gangguan seperti itu, sebahagian atau keseluruhannya, janganlah berputus asa selagi mana untuk berjihad melawan syaitan yang terkutuk itu.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger