Searching...

Hidup Kita Bukan Akhir Dari Semua, Hidup Kita Bukanlah Segalanya

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Yang indah hanya sementara.
Yang abadi adalah kenangan.
Yang ikhlas hanya dari hati.
Yang tulus hanya dari sanubari.
Tidak mudah mencari yang hilang.
Tidak mudah mengejar impian.

Namun, yang lebih susah untuk dipertahankan adalah yang masih ada sekarang ini. Kerana, walaupun kita genggam sekuat mana, masih boleh terlepas juga akhirnya. Ingatlah pada pepatah, "Jika kita tidak memiliki apa yang kita sukai, maka sukailah apa yg kita miliki sekarang ini."

Belajar menerima apa yang kita ada sekarang dan sentiasa berfikiran positif. Rumah mewah bagai istana, harta benda yang tidak terhitung, kedudukan, dan pangkat yang tinggi tidak menjamin kita akan hidup mewah di alam seterusnya.

Ketika nafas terakhir tiba, sebatang jarum pun tak dapat dibawa pergi. Sehelai benang pun tak dapat dimiliki. Apalagi yang mahu direbutkan? Apalagi yang mau disombongkan?

Maka jalanilah hidup ini dengan keinsafan nurani. Jangan terlalu sangat membuat perhitungan. Jangan hanya mahu menang sendiri. Jangan suka sakiti sesama orang apalagi terhadap mereka yang pernah berjasa kepada kita. Belajarlah bertolak ansur. Selalu berlapang dada dan mengalah.

Tidak ada perkara yang tidak boleh di ikhlaskan.
Tidak ada sakit hati yang tidak boleh dimaafkan.
Tidak ada dendam yang tidak boleh terhapus.
Jalanilah hidup ini dengan segala sifat positif yang kita miliki.

Di bawah adalah [lirik lagu ketuhanan] yang berjudul 'Hidup Hanya Sementara' yang dinyanyikan oleh band Ungu mengisahkan apa yang kita miliki sekarang sebenarnya tidak kekal dan akhirnya akan ditinggalkan jua buat selama-lamanya apabila ajal menjemput kita untuk berpindah ke alam seterusnya yakni alam barzakh. Sama-sama kita hayati:

Mungkinkah kita hidup untuk selamanya
Mungkinkah kita mati membawa harta
Mungkinkah kita menjadi penghuni syurga
Ataukah kita kekal di dalam neraka

Hidup kita bukan akhir dari semua
Hidup kita bukanlah segalanya
Siapkah kita saat ajal menjemput kita
Siapkah kita menghadap kepada-Nya

Bergegaslah siapkanlah semua
waktu kita tinggal sebentar saja
Bergegaslah perbanyak amal ibadah
Hidup di dunia ini hanya sementara

Ketahuilah... selama kita hidup di dunia
Kerjakan segala perintah-Nya, jauhi larangan-Nya

Fahamilah... malaikat telah datang menjemput kita
Takkan ada lagi kesempatan untuk mengucap kata taubat

Di bawah adalah klip video bagi lirik lagu di atas boleh kita hiburkan untuk kesedaran kita semua. Sama-sama kita saksikan:



Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger