Searching...

Kaedah Umum Melahirkan Mukmin Pakar/Profesional Adalah Melalui Zikir dan Fikir?


Kedua-dua perkara iaitu berzikir dan berfikir telah dinyatakan oleh Allah S.W.T menerusi firman-Nya ini:

الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىَ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ

رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذا بَاطِلاً سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Maksudnya: "Iaitu orang-orang yang menyebut dan berzikir mengingati Allah sambil berdiri dan duduk, dan dalam keadaan berbaring mengiring, dan mereka pula berfikir tentang kejadian langit dan bumi sambil berkata: "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan semuanya ini dengan sia-sia! Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami daripada azab neraka." (Surah Ali Imran ayat 191).

Entri yang sebelumnya berkaitan dengan firman Allah di atas ini telah saya nyatakan pada entri yang bertajuk, [Bukti Bahawa Akal Fikiran Manusia Mempunyai Kelemahan yang Kita Tidak Sedari].

Zikir yang dimaksudkan dalam firman Allah S.W.T itu tadi ialah membaca secara sedar, memahami dan mengambil iktibar (menurut Imam Ghazali iaitu membaca dengan akal dan hati) secara langsung daripada ayat-ayat maqrua'ah (al-Qur'an).

Manakala fikir ialah melihat, merenung dan meneliti mesej ayat manzurah (alam dan segala ciptaan Allah S.W.T). Dengan berfikir, kita akan tiba pada satu realiti bahawa alam yang teratur ini tentu ada pengaturnya.

Mustahil alam yang tersusun ini terjadi dengan sendiri. Tenntu ada yang menciptanya. Siapakah Dia? Sampai ke tahap ini, dengan berfikir semata-mata, akal tidak menemui jawapannya. Maka ketika itulah fikir mesti merujuk kepada zikir, yakni ayat al-Qur'an. Di dalamnya terjawab dengan jelas nama, sifat dan perbuatan bagi siapakah Pencipta alam Yang Maha Agung - Allah S.W.T. Kenali Tauhid Rububiyyah, maka akan kenal Allah S.W.T sebagai Pencipta alam semesta.
"Inilah yang dimaksudkan oleh Hamka dengan berkata, 'hujung akal (fikir adalah pangkal agama (zikir)'."
Fikir sangat penting kerana ia adalah proses mendapat ilmu akliah - sains, matematik, geografi dan lain-lain. Dengan berfikir, seseorang itu akan mengetahui rahsia ciptaan Tuhan - haiwan, tumbuh-tumbuhan dan planet-planet. Pengetahuan ini akan membolehkan manusia menjadi pakar tentang alam dan seterusnya menguasainya. Apabila manusia sudah menguasai alam, maka dengan mudah mereka mengurus dan mentadbirnya.

Faktor fikir inilah yang melayakkan manusia menjadi khalifah di muka bumi. Walaupun pada mulanya, para malaikat seolah-olah bimbang dengan keputusan Allah S.W.T untuk menjadikan Nabi Adam a.s. Tetapi akhirnya malaikat akur apabila Allah S.W.T menunjukkan betapa bijaknya manusia kerana mengetahui nama-nama benda.

Firman Allah S.W.T:

وَعَلَّمَ آدَمَ الأَسْمَاء كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى الْمَلاَئِكَةِ فَقَالَ أَنبِئُونِي بِأَسْمَاء هَـؤُلاء إِن كُنتُمْ 

صَادِقِينَ

Maksudnya: "Dan Dia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Dia berfirman: 'Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar'." (Surah Al-Baqarah ayat 31).

Ayat yang berbunyi; "Dan Dia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya" mempunyai pengertian yang lebih mendalam, bukan sekadar nama benda dan kegunaannya itu, tetapi juga sifat-sifat benda (attributes of nature) itu. Dengan kelebihan itu, maka manusia menjadi makhluk yang paling arif tentang sunatullah (law of nature) sekaligus melayakkan mereka menjadi khalifah.

Walaupun manusia mempunyai potensi membuat kerosakan dan kemusnahan (seperti yang dibimbangkan oleh malaikat), namun dengan akal mereka juga berpotensi membangunkan dan memakmurkan dunia ini.

Wallahua'lam.

Memuat...
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 Orang Komen Membina:

Catat Ulasan

 

Jumlah Pelawat

Copyright © 2013. Nukeufo89's Blog - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger