Searching...

Kebahagiaan Rumahtangga Boleh Dijamin Dalam Tempoh yang Panjang Jika Petua Ini Diamalkan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Semua pasangan suami isteri mengidamkan kehidupan rumahtangga yang bahagia, tetapi persoalannya di manakah letaknya kebahagiaan rumahtangga tersebut?

عَن اَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَال: تَنْكِحُ المرَأَةَ لِاَرْبَعٍ , لمِاَلهِاَ وَلحِِسَبِهَا وَلِجَمَالِهَا وَلِدِيْنِهَا فاَطْفَرْ بِذَاتِ الدِّيْنَ تَرَبَتْ يَدَاكَ(رواه الشيخان)- متفق عليه -

Maksudnya: "Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda: Seseorang perempuan itu dipilih untuk menjadi isteri berdasarkan kepada empat ciri-ciri iaitu kerana harta bendanya, kerana keturunannya (kemuliaan keturunan), kerana kecantikannya, kerana pegangan agamanya. Kerana itu pilihlah (berikanlah keutamaan) kepada perempuan yang berpegang teguh kepada agama, nescaya kamu  bertuah (beruntung)."(Hadith riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim).

Sesungguhnya perkahwinan itu merupakan suatu fitrah semulajadi dalam kehidupan manusia bagi memelihara keturunan, sifat ingin dikasihi dan hidup bersama untuk memperolehi kasih sayang, ingin menjalinkan cinta yang berterusan dan ketenangan dalam hati. Namun bagi sesebuah rumahtangga muslim yang bahagia itu ianya bermula dengan pemilihan jodoh yang tepat seperti mana yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W dalam hadis di atas.

Bagi mereka yang merancang ingin mendirikan rumahtangga muslim yang bahagia, aspek pemilihan jodoh yang tepat adalah sangat penting. Ini kerana, perkongsian hidup yang lahir nanti akan menentukan nasib sesudah berumahtangga dan menentukan corak hidup dalam masyarakat sama ada mendapat keredhaan Allah S.W.T atau sebaliknya. Bagi mereka yang bijak, sudah tentu akan mengutamakan calon isteri atau calon suami yang beriman kepada Allah S.W.T. Apa gunanya hidup kita, sekiranya kehidupan selepas berumahtangga menjadikan diri kita lebih jauh dari rahmat dan kasih sayang Allah S.W.T. Berikut adalah petua yang mesti kita amalkan untuk mengekalkan hubungan rumahtangga dalam tempoh jangka panjang (Insya-Allah) sama-sama kita take note:
  1. Berbicara dengan lemah lembut, memanggil dengan panggilan kesayangan serta memandang dengan penuh kasih sayang antara suami dan isteri.
  2. Membersihkan diri, penampilan rapi dan bersih, berhias dan memakai wangi-wangian terhadap pasangannya.
  3. Jujur dan amanah, jangan memandang rendah kepada pasangan, saling mengalah dan memaafkan dan paling penting perhatikan kelebihan pasanagn malah sekiranya ada kekurangan segera tutupi ia daripada pengetahuan orang lain.
  4. Jangan mencela masakan isteri, berusaha meringankan beban kerja pasangan, tidak membandingkannya dengan orang lain serta menjauhi hal-hal yang menimbulkan kecemburuan pasangan.
  5. Selalu berpegangan tangan, bergurau senda, saling membelai kerana dengan cara ini pasangan akan merasai dirinya sentiasa diperlukan.
  6. Jadikan kamar tidur tempat yang peribadi, bersih, harum dan masa yang menyenangkan pasangan.
  7. Saling menasihati dan cuba meringankan beban yang ditanggung pasangan.
  8. Peruntukkan waktu khusus bersama pasangan seperti makan bersama, solat berjemaah pada waktu tertentu seperti maghrib dan isyak dan bersiar-siar bersama dengan anak di taman.
  9. Saling mendoakan dan merindui apabila berjauhan.

Namun, apa yang dibimbangi ialah janganlah disebabkan apabila seseorang itu selepas menempuh alam berumahtangga membuatkan dirinya semakin jauh dari rahmat dan kasih sayang Allah S.W.T. Semasa bujangnya beliau terkenal dengan kuat sembahyang sunat, puasa sunat, berzikir dan bersedekah dan kini telah berubah. Kehidupannya berubah menjadi seorang yang leka dan selalu menyibukkan diri dengan bekerja keras untuk mengumpul harta dan mengejar kemewahan semata-mata untuk keluarga. Alangkah ruginya hidup yang fana ini sekiranya apabila memasuki gerbang rumahtangga itu menjadikan dirinya semakin jauh dari Allah S.W.T. Itulah yang menyebabkan hubungan rumahtangga menjadi tidak kekal dalam tempoh yang panjang sekiranya lebih cenderung untuk mengejar dunia. Wallahua'lam.

P/S: Boleh tengok pada pautan laman web lain berkenaan dengan [tips rumah tangga bahagia] dengan menggunakan [kata kunci 'P'] yang diasaskan oleh Ustazah Datuk Siti Nur Bahiyah.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger