Searching...

Kehebatan Akal Fikiran Manusia Pun Ada Batasnya?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Akal fikiran manusia boleh menjelajah  ke serata dunia sehingga tidak ada tempat di pelosok dunia yang mana akal fikiran tidak pernah menjejaki dan menjelajahinya. Kaki pada akal fikiran manusia begitu lincah sekali, tidak ada ruangan dunia ini yang tidak dipijak oleh manusia. Kerana itulah pelbagai ilmu dan maklumat berserta pengalaman telah banyak manusia peroleh. Manusia boleh tahu apa yang ada di atas gunung, di dalamnya, di bawah bumi, apatah lagi di dasarnya dan pula di dasar lautan. Habis kesemuanya dijelajahinya. Padang pasir, gurun, perut bumi, sungai besar dan sebagainya telah diselongkari oleh akal fikiran manusia hingga terdedah dan terbongkar kesemuanya.


Akal fikiran manusia menerokai empat penjuru dunia iaitu Kutub Utara, Kutub Selatan, Timur dan Barat. Akal fikirannya boleh meneroka dan menjelajahi hutan belantara. Berbagai-bagai kehidupan dapat ditemui di samping khazanah bumi yang lain. Hampir keseluruhan khazanah dunia ini, akal fikiran manusia memainkan peranan dalam mengumpulkan data dan maklumat. Seolah-olah dunia ini kecilnya bersaiz atas dulang, manusia berada di hadapannya melihat seluruh isi dulang tersebut. Tidak ada apa yang tidak dapat dilihat dan pastikan. Semuanya dapat manusia perhatikan dan mengetahui selok-belok rahsianya seolah-olah akal fikiran manusia seperti burung, boleh terbang di serata dunia. Atau dunia ini umpama sebesar dulang, seluruh apa yang ada di dalam dulang dapat dilihatnya.

Kalau begitulah keadaan akal fikiran manusia sebegini, akal fikiran manusia seolah-olahnya bebas dan merdeka dengan terlalu jauh perjalanannya dan terlalu luas pemandangan dunia kehidupannya. Begitulah kebolehan akal fikiran manusia ciptaan Allah S.W.T yang Maha Berkuasa, kebolehannya sungguh luar biasa.

Namun begitu, walaupun kemampuan akal fikiran manusia bebas, merdeka, gelanggang kehidupannya begitu luas, tetapi apabila jiwa manusia itu sempit kerana tidak ada iman atau lemah imannya kerana tidak bersama dengan Tuhan, manusia tetap hidup dalam keadaan terseksa, sengsara, seolah-olah berada di dalam penjara yang sempit dan gelap-gelita pula. Pada waktu itu akal fikiran manusia tidak boleh berbuat apa-apa, tidak berfungsi, akal fikiran tidak boleh hendak menolong manusia. Dia juga terikut sama hidup di dalam kurungan yang sempit itu. Kakinya ikut terbelenggu, seolah-olah dirinya tidak boleh pergi ke mana-mana. Pada waktu itu fikiran tengah buntu, ilmu dan maklumat sudah tidak berguna lagi.

Seterusnya saya akan nyatakan bukti bahawa akal fikiran manusia pun ada kelemahan, pada entri yang akan datang. Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger