Searching...

Kepakaran Hidup Para Nabi dan Rasul yang Belum Diketahui Ramai

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Bukan sahaja Rasulullah S.A.W, rasul-rasul yang lain juga mempunyai [kedua-dua keunggulan itu]. Kadang-kadang, sejarah keunggulan yang bersepadu itu terlepas pandang apabila kita membaca, mengkaji dan menceritakan kisah para rasul. Selalunya kita lupa tentang faktor kepakaran para rasul dalam bidang masing-masing. Sedarkah kita?

Di Bawah ini, saya akan menyenaraikan kepada anda kepakaran para nabi yang belum pernah anda ketahui:
  • Nabi Adam: Pakar dalam bidang pertanian (yang memulakan tamadun dalam kehidupan manusia generasi pertama).
  • Nabi Nuh: Pakar dalam bidang pengangkutan. Yakni sebagai arkitek dan jurutera binaan kapal besar yang mampu menahan banjir yang besar.
  • Nabi Harun: Pakar dalam bidang komunikasi.
  • Nabi Daud: Pakar dalam industri besi.
  • Nabi Idris: Pakar dalam bidang tekstil (jahitan pakaian).
  • Nabi Isa: Pakar dalam bidang perubatan.
  • Nabi Yusuf: Pakar dalam bidang ekonomi dan hal-hal pentadbiran.


Semua yang di atas itu mengajar kita bahawa untuk berjaya di dunia dan di akhirat, kita hendaklah memiliki dua keunggulan. Pertama, kelakuan yang baik. Kedua, kepakaran yang tinggi. Inilah dua keunggulan yang telah hilang daripada umat Islam pada masa kini. Hingga dengan itu, kita gagal menjadi umat Islam yang cemerlang seperti umat yang terdahulu. Anda boleh melihat rahsia dalam entri yang lepas, [Rahsia Para Sahabat Nabi S.A.W Mendapat Ilmu Daripada Baginda Tanpa Diajar] mengenai kenapa umat terdahulu dapat faham dengan begitu banyak landasan ilmu, dan dapat menguasai kepelbagaian bidang ilmu.


Apabila diamanahkan untuk membina lebuh raya, maka lebuh raya itu pula retak. Apabila ditugaskan membina siling bangunan, maka siling bangunan itu pula bocor. Jambatan yang dibina pula, tidak sampai beberapa bulan sudah roboh. Semua ini disebabkan, sama ada [tiada nilai integriti atau tiada  nilai kompetensi] ataupun tiada kedua-duanya sekali.

Dalam erti kata yang lain, kita menghadapi masalah integriti (jujur dan amanah), kita juga mengalami masalah kompetensi (kepakaran). [Kelakuan kita buruk, kepakaran kita lemah]. Padahal para Rasul (terutamanya Rasulullah S.A.W) telah menunjukkan bahawa untuk berjaya mesti memiliki kedua-duanya sekali. Buktinya anda boleh pergi ke entri berikut, [teladan Rasulullah sebagai mukmin yang sempurna].

Apakah garis kasar kaedah untuk melahirkan mukmin pakar/profesional? Kita memerlukan dua kaedah yang perlu dijalankan secara bersepadu. Kaedah itu ialah zikir dan fikir. Apakah itu zikir? Dan apakah pula yang dimaksudkan dengan fikir? Dan apakah kaitan kedua-duanya dengan golongan mukmin yang pakar/profesional? Sama-sama kita nantikan entri seterusnya. Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger