Searching...

Kesesatan Fahaman Syiah, Adakah Pemimpin Negara Iran Turut Terlibat Sama?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Masihkah kita menganggap Iran merupakan negara Islam yang terbaik, terbesar dan patut kita contohi? Silap selama ini kita mengagungkan negara Islam di Iran yang maju tiada peperangan dan sememangnya telah terbukti bahawa pemimpinnya adalah penganut fahaman Syiah! Di dalam gambar di atas, terdapat gambar berbingkai pemimpin Syiah (Ruhollah Khomeini) bersama dengan pemimpin negara Iran (Ahmadinejad). Gambar di atas boleh menceritakan segala-galanya. Rujuk entri di [sini] pada bahagian bawahnya untuk mengetahui hubungan antara penyokong di Iran terhadap rejim Basyar al-Assad.

Pada zaman kini, Syiah Rafidhah merupakan komponen sosial dan politik yang cukup dominan dalam pertempuran ideologi. Banyak umat Islam yang awam masih saja tertipu dengan golongan yang tersebut. Padahal syiah pada hari ini sama sekali bukanlah sebahagian daripada umat Islam, bahkan tanpa melihat penghinaan mereka kepada para sahabat Rasulullah S.A.W dan tanpa melihat penyimpangan mereka terhadap syariat.


Amalan Kesyirikan Bagi Puak-puak Penganut Fahaman Syiah

Para Imam di mata Syi'ah adalah orang-orang yang harus dimuliakan walaupun mereka telah meninggal. Mereka menghias kubur-kubur para imam mereka  dengan semegah mungkin. Mereka datang ke kawasan kubur para Imam mereka untuk mencium-cium, bertamasuh atau mengusap-usap kuburan seraya memelas bahkan menangis, bersujud menghadap kubur, dan berdoa meminta sesuatu pada mayat (sumber daripada Bahrum Subagia, UIKA).

Perilaku Syiah yang menyerupai kesyirikan ini dilakukan kepada kebanyakan tokoh. Dari tempat yang mereka anggap sebagai makam cucu Rasulullah S.A.W, salah satu daripada Imam 12, makam tokoh muashir seperti Ruhollah Khomeini, hingga musuh para Shahabat; Abu Lu'luah al-Majusy. Republik Iran sempat selama berpuluh-puluh tahun membiarkan berdirinya rumah ibadah yang berdiri bak istana, yang kononnya merupakan makam Abu Lu'luah al-Majusy.

Semua orang juga tahu bahwa mausoleum Musavi Khomeini, iaitu pengasas teori sekaligus imam pertama Wilayatul Faqih pada zaman kini, penuh dengan manusia-manusia yang melakukan solat dan tidak lupa, solatnya menghadap ke kuburan tokoh ini. Bukan menghadap ke arah Ka'bah.

Allah telah berfirman dalam surat Yunus :

وَلاَ تَدْعُ مِن دُونِ اللّهِ مَا لاَ يَنفَعُكَ وَلاَ يَضُرُّكَ فَإِن فَعَلْتَ فَإِنَّكَ إِذًا مِّنَ الظَّالِمِينَ

Maksudnya: "Dan janganlah kamu memohon/berdo'a kepada selain Allah, yang tidak dapat memberikan manfaat dan tidak pula mendatangkan bahaya kepadamu, jika kamu berbuat hal itu maka sesungguhnya kamu dengan demikian termasuk dalam orang-orang yang zalim (musyrik)" (Surah Yunus ayat 106).

Imam Malik meriwayatkan dalam kitabnya Al Muwatto', bahawa Rasulullah  S.A.W bersabda :

اللهم لا تجعل قبري وثنا يعبد، اشتد غضب الله على قوم اتخذوا قبور أنبيائهم "


"مساجد

Maksudnya: "Ya Allah, janganlah Engkau jadikan kuburanku sebagai berhala yang disembah. Allah sangat murka kepada orang-orang yang telah menjadikan kuburan para Nabi mereka sebagai tempat ibadah."

Sedangkan dengan alasan bertawassul, syiah menghalalkan amalan-amalan syirik ini. Salah satunya adalah pernyataan berikut ini; Ayatullah Baqir Shadr: "Jika mereka melakukan itu (berziarah dan bertawasul) dengan mempunyai pemahaman bahawa wali-wali Allah dapat mengubah nasib mereka dan boleh berbuat "sesuatu" tanpa izin Tuhan, maka ya benar itu memang syirik. Namun umat Islam tidak berkeyakinan seperti itu. Mereka faham bahawa para wali Allah adalah sebagai perantara yang menyampaikan doa mereka (umat Islam) kepada Allah S.W.T. Maka berkat bantuan para wali besar, berkemungkinannya  Allah S.W.T bersedia mengabulkan doa mereka. Oleh kerana itu niat sedemikian dalam berziarah bukanlah syirik." (Sumber pertama: Akhirnya kutemukan kebenaran, Doktor Tijani Samawi, halaman 92.) dan (Sumber kedua: buku sesat syi'ah).

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger