Searching...

Ketahui Ciri-ciri Golongan Cerdik yang Luar Biasa

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Golongan ini dikenali sebagai ahli fikir atau ahli falsafah iaitu yang mampu membuat teori atau pendapat-pendapat yang tersirat atau satu-satu kaedah yang belum diterokai oleh orang lain. Atau dalam istilah bahasa Arab digelar  sebagai 'pembuat matan/sanad' atau kaedah-kaedah dalam sesuatu bidang ilmu; yang mana matan/sanad atau kaedah itu singkat tapi padat dan berkualiti tinggi; dapat dijadikan panduan (guideline) atau neraca dalam memahami satu-satu bidang ilmu.


Mereka ini di samping sangat mudah dan senang menangkap pandangan atau buah fikiran orang lain, mereka juga mempunyai idea atau buah fikiran sendiri. Dalam ertikata lain, mereka mampu untuk membuat teori atau pendapat ciptaannya sendiri dan mampu pula menyampaikannya ke tengah masyarakat atau khalayak ramai atau kelompok umat. Yang mana pendapat, teori dan matannya tadi sangat berlainan dengan pendapat atau teori atau matan/sanad daripada orang lain. Kemampuan [fikirannya (IQ)] yang luar biasa yakni dapat memahami perkara-perkara atau persoalan-persoalan yang halus dan tersirat, yang seni dan mendalam berserta yang simbolik. Ini adalah hasil kemampuan [fikirannya (IQ)] mengkaji, menganalisa dan menyelidik perkara-perkara yang tidak dapat difikir atau terfikir oleh manusia-manusia lain.

Kelebihan mereka selain mampu membuat teori atau kaedah matan/sanad, boleh pula menghurai dan menyampaikannya kepada orang lain. Golongan yang memiliki daya fikiran yang luar biasa ini mungkin wujud hanya dalam 1-2 orang sahaja dalam kalangan kelompok umat, dalam tempoh 10 atau 20 tahun.


Oleh itu, mereka ini menjadi  tersangat penting kepada umat manusia. Kerana pada mereka ini ada sumber pengetahuan atau kaedah baru atau jalan keluar daripada masalah yang timbul dan dapat dimanfaatkan oleh orang ramai. Contoh yang terkenal dalam sejarah seperti ahli falsafah Barat iaitu Aristotle, Plato, Socrates dan ahli ilmuan Islam atau ulama'-ulama' muktabar seperti para mujaddid, Imam mujtahidin, Imam mazhab yang empat (Imam Maliki, Imam Syafi'ie, Imam Hanafi dan Imam Hambali), Imam Al-Ghazali, Imam As-Sayuti, Abu Hassan Al-Asya'ari dan di zaman moden ini iaitu As-Syahid Imam Hassan Al-Banna.


Kita perlu hayati wasiat ahli falsafah Islam seperti contoh pada gambar di atas demi kesejahteraan umat supaya kita hidup untuk mencari keredhaan Allah S.W.T dan bukan untuk keperluan dunia semata-mata. Renungkanlah. Wallahua'alam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger