Searching...

Ketahui Golongan Cerdik Biasa, Berfikiran Sederhana dan Berfikiran Lemah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Golongan Kedua iaitu Cerdik Biasa:

Golongan ini tidak dapat membuat teori, matan, pandangan-pandangan atau kaedah sendiri. Kelebihan mereka yang menonjol ialah mudah memahami dan kuat mengingati pendapat atau pandangan orang lain. Di samping itu, mereka boleh menyampaikan dan mengulas pandangan orang lain hingga dapat difahami oleh orang lain pula akan sesuatu ilmu atau sesuatu teori yang datang daripada [golongan yang pertama].


Dalam menghurai, mengulas adakalanya mereka boleh membahagikan matan/sanad atau buah fikiran atau boleh mengkategorikan ilmu yang diterokai oleh golongan yang pertama. Mereka cekap, bijak dan cantik mempersembahkannya ke tengah masyarakat supaya mudah difahami.

Golongan ini agak ramai dan boleh dinamakan golongan 'tukang syarah' di atas matan/sanad atau teori atau kaedah yang dicetuskan oleh [golongan pertama (ahli-ahli fikir)] dan boleh pula menghuraikan kehendak-kehendaknya yang sebenar. Misalnya, mengkaji dan menelaah suatu bidang ilmu milik [golongan pertama] dan kemudiannya menghuraikan serta membahaskan mengikut kaedah dan kefahaman tersendiri dalam bentuk acuan golongan kedua ini. Tidak ramai yang mampu mencapai tahap golongan yang kedua ini tetapi mereka lebih ramai daripada golongan yang pertama tadi. Mungkinn dalam seribu orang itu hanya ada lima orang sahaja yang tergolong dalam golongan kedua ini.


Golongan Ketiga iaitu Berfikiran Sederhana:

Golongan ketiga ini terdiri daripada mereka yang mempunyai IQ yang mudah memahami ilmu pengetahuan yang disampaikan oleh orang lain. Mereka hanya sekadar boleh memahami untuk dirinya sendiri tapi tidak dapat menghuraikan atau menyampaikannya kepada orang lain dengan tepat. Kebanyakan manusia adalah pada tahap IQ sebegini.


Golongan Keempat iaitu Berfikiran Lemah:

Golongan keempat ini ialah mereka yang sukar untuk memahami apa-apa yang disampaikan oleh orang lain, lebih-lebih lagi untuk menyampaikannya kepada orang lain. Kalau benarlah mereka boleh faham, hanyalah dalam perkara-perkara atau hal-hal yang mudah atau yang terlalu senang dan tanpa menggunakan fikiran. Mereka lebih mudah memahami apa yang dilihat oleh mata sahaja. 

Oleh kerana lemahnya mereka berfikir, apabila ada perkara-perkara berat yang memerlukannya untuk berfikir, maka mereka tidak dapat menangkapnya dengan begitu jelas. Fikiran mereka berada pada tahap samar-samar iaitu kelam dan kusut.

Untuk mengetahui dari awal boleh rujuk pada entri, [peringkat pemikiran manusia].

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger