Searching...

Ketahui Sikap Seorang Hamba yang Mesti Kita Contohi

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Bagaimana sikap seorang hamba mesti kita contohi? 

Iaitu beribadahlah sebanyak-banyaknya yang termampu dan buatlah kebaikan yang termampu. Kemudian dia merasakan ibadah dan kebaikan itu masih belum sempurna lagi. Atau dia merasakan waktu dia mengerjakannya masih di dalam keadaan derhaka kepada Allah. Oleh itu, tentu dia merasakan sentiasa sahaja berdosa selepas mengerjakan ibadahnya. Setiap selepas mengerjakan ibadah, hatinya sentiasa merasa sedih dan susah.

Sedih dia merasakan kerana derhaka kepada Allah di dalam ibadahnya. Setiap kali selepas dia beribadah, dia pun memohon ampun kepada Allah S.W.T. Hatinya menangis dalam keadaan matanya berlinangan air mata. Kerana itulah hamba ini masih lagi melupakan sahaja ibadah dan amalan kebaikan yang dibuatnya. Dia merasakan masih belum beribadah dan juga masih lagi belum membuat amal kebaikan.

Kalau dia terbuat dosa, dia merasakan perit dan terseksa jiwanya. Hatinya menderita setiap kali mengingatkan kembali dosa-dosanya yang silam. Dia tidak pernah melupakan dosa-dosanya. Bahkan dengan dosa-dosanya itulah membuatkan fikirannya selalu terganggu. Taubatnya kepada Allah S.W.T pun tidak pernah putus-putus. Untuk mengambus dosa-dosanya, dia tambahkan lagi dengan berbagai-bagai bentuk kebaikan dan kebajikan.

Moga-moga kebaikan itu boleh menghapuskan dosa-dosanya. Kerana terlalu bimbang dengan diri sendiri. Tidak sempat dia melihat kejahatan orang lain, apatah lagi untuk menyebutnya. Maka dia berbaik sangka sahaja dengan orang lain. Tetapi berburuk sangka dengan dirinya sendiri. Begitulah sikap seorang hamba yang mesti kita contohi.

Maka dengan ini, hamba tersebut pun bermadah:

Tuhan kuatkan aku
Untuk lalui jalan hidup ini
Yang ku inginkan selalu ada dalam ridhoMu

Berikanlah petunjukMu
Agar diriku tak tersesat
Untuk menuju syurga yang telah Kau janjikan

Ampunkan diriku jika
Selama ini hanyalah berbuat dosa
Tak sanggup diriku bila
Di akhir hidupku menanggung siksa-Mu

Aku hambamu yang lemah, tak sempurna
Berlutut sujud dihadap-Mu

Madah di atas adalah sebuah [lagu ketuhanan] yang dinyanyikan oleh kumpulan 'Vagetoz' yang bertajuk 'Kuatkan Aku'. Di bawah adalah klip video bagi lirik lagu di atas, sama-sama kita hayati:


Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger