Searching...

Ketahuilah Bahawa Zikrullah Boleh Mentajamkan Fikiran Manusia

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Benarkah bahawa zikrullah yang dilafazkan dari mulut kita yang bertujuan untuk memuji kebesaran Allah S.W.T itu sebenarnya boleh mentajamkan fikiran manusia supaya menjadi manusia yang berilmu dan membina jati dirinya? Berikut adalah penerangannya di bawah.

Jawatan khalifah tidak diserahkan kepada malaikat walaupun dunia akan aman sekiranya kepimpinannya di bawah pimpinan malaikat, namun ia tetap akan mundur, beku dan tidak membangun. Lalu bagaimana untuk menghindarkan manusia yang berpotensi membuat kerosakan dan membinasakan ini supaya menjalankan peranannya dengan baik? Untuk mereka yang tertanya-tanya bagi entri ini, boleh rujuk entri sebelumnya yang bertajuk, [Kaedah Umum Melahirkan Mukmin yang Pakar/Profesional Melalui Zikir dan Fikir].

Ya, istilah 'fikir' bagi manusia mestilah ditunjangi oleh 'zikir'. Maksudnya ialah potensi akliah mesti dipimpin oleh wahyu. Wahyu mestilah menjadi dasar, pemantau dan pengawal bagi akal fikiran. Mukmin pakar/profesional adalah mereka yang mampu meletakkan 'fikir'nya di landasan 'zikir'nya. Mereka ini jugalah yang disebut sebagai golongan ulul albab di dalam al-Qur'an.

Untuk memimpin 'fikir' bagi manusia, Allah S.W.T telah mengutuskan rasul bersilih ganti agar akal (minda) manusia sentiasa dipimpin dengan wahyu. Dengan itu, fikiran manusia untuk [memimpin (sebagai khalifah)] di muka bumi ini akan dipimpin oleh zikrullah sebagai hamba Allah S.W.T. Hanya dengan sifat kehambaan sahaja, manusia akan dapat melaksanakan peranannya sebagai khalifah.
"Tanpa menjadi hamba Allah S.W.T, maka manusia tidak akan dapat menggunakan kuasa 'fikir'nya untuk membina (mencapai matlamat), namun sebaliknya membinasa."
Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger