Searching...

Kisah Benar Mayat Tentera Assad Dilapah Anjing Setelah Dikebumikan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Kisah benar ini datang dari bumi Suriah dan saksinya adalah seorang Mujahid Syam:
"Diantara keajaiban yang kami lihat di tanah jihad Suriah"
Pada masa lalu, tiga penjahat rejim Assad dengan pangkat leftenan jeneral dan leftenan satu berjaya ditangkap oleh Mujahidin FSA setelah berulangkali rejim tersebut melakukan pemerkosaan terhadap wanita-wanita Suriah yang mereka tawan. Mujahidin FSA mengepung ketiga-tiga tentara ini dan membunuh mereka setelah tidak berjaya untuk ditangkap kerana adanya serangan yang kuat dari kalangan ketiga-tiga tentera rejim itu terhadap Mujahidin.

Saudara-saudara Mujahidin tersebut ingin menguburkan mayat ketiga-tiga tentera rejim Assad tersebut yang mayatnya sudah mula menunjukkan bau yang agak memualkan tidak lama selepas kematian mereka. Sesudah mujahidin selesai menggali lubang yang sangat besar dengan jengkaut tanah, mereka segera menguburkan ketiga-tiga mayat tentara rejim Assad itu dan menimbun dengan tanah sebanyak tiga kali timbunan.

Pada hari ketiga, semasa para mujahidin sedang melalui kawasan pada tempat di mana ketiga-tiga leftenan rejim Assad tersebut dikuburkan, mereka menjumpai mayat-mayat tentara rejim itu sudah ada diatas tanah dan anjing-anjing sedang melahap perut dan daging mayat-mayat itu.

Mujahidin terkejut dengan apa yang mereka nampak, mereka dengan segera membunuh anjing-anjing yang telah melahap daging-daging mayat itu. Lalu mereka segera menelefon untuk meminta dibawakan jengkaut tanah, lalu dibuatlah lagi lubang besar dan dikuburkan kembali ketiga-tiga mayat tersebut dan ditimbunkan lagi dengan tanah. 

Dan pada hari yang seterusnya, mujahidin kembali menjumpai ketiga-tiga mayat tentera rejim itu lagi diatas tanah dan anjing-anjing sedang melahap mayat-mayat tersebut sebagaimana yang terjadi sebelumnya.

Menangislah mujahidin dengan apa yang mereka lihat, lalu mujahidin meninggalkan mayat-mayat itu dan kembali ke brigade masing-masing.

Demi Allah yang Maha berkehendak, tanah tidak berasa mulia dengan kehadiran mereka (rejim Assad) dan tidak terima dengan kehadiran mayat-mayat mereka di perut bumi.

Sebelum kematian mereka, Mujahidin segera membawa Syabiha Assad (tentera awam rejim Assad) yang berada dalam keadaan cedera parah itu untuk dibantu demi mendapatkan maklumat-maklumat penting yang ada pada mereka. Seorang Mujahid yang membawa mereka melihat keadaan mereka dan menyedari bahawa mereka sudah mendekati kematian, mujahid itu segera berkata: "Katakanlah Allahu Akbar! Allah Maha Besar!" Akan tetapi Syabiha-syabiha itu mengatakan, "Basyar Akbar! Basyar Maha Besar!" (Na'uzubillah).

Maka matilah penjahat itu dalam keadaan kafir dan kalimat terakhir yang mereka ucapkan adalah kalimah syirik! (Na'uzubillahiminzalik).

Dari Aleppo, selatan Syria.

Firman Allah S.W.T:

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا وَمَاتُوا وَهُمْ كُفَّارٌ أُولَئِكَ عَلَيْهِمْ لَعْنَةُ اللّهِ وَالْمَلآئِكَةِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ 

Maksudnya: "Sesungguhnya orang-orang yang kafir, dan mereka mati sedang mereka tetap dalam keadaan kafir, mereka itulah orang-orang yang ditimpa laknat Allah dan malaikat serta manusia sekaliannya." (Surah Al-Baqarah ayat 161).

Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger