Searching...

Kita Tidak Tahu Bahawa Memberi Boleh Membuatkan Kita Gembira Daripada Menerima

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Ramai yang gagal dalam hidup ini kerana lebih pentingkan bagaimana untuk mendapatkan sesuatu, berbanding bagaimana untuk memberikan sesuatu. Sedangkan mengikut kajian dari golongan cerdik pandai, orang yang berjaya dalam hidup ialah orang yang banyak memberi.
"Kita akan bertanya, bagaimana hal ini boleh terjadi? Bukankah dengan menerima, kita akan mendapat lebih. Sebaliknya memberi akan mengurangkan?"
Ya, itu hanya persepsi kita sahaja. Hakikat sebenarnya amat berbeza. Memberi bukan mengurangkan, bahkan akan menambah. Yakni kita akan mendapat rezeki secara tidak disangka-sangka kerana rezeki itu pemberian  dari Allah S.W.T kepada kita sekiranya kita rajin memberi (bersedekah).


Sudah menjadi sunatullah, orang yang berjaya pada tahap biasa-biasa itu ialah orang yang membawa hanya untuk dirinya seorang sahaja yang berjaya. Tetapi orang yang berjaya pada tahap luar biasa ialah orang yang membawa orang lain turut sama berjaya dengannya. No man becomes rich unless he enriches others - tidak ada orang boleh menjadi kaya hingga dia boleh mengkayakan orang lain.

Hakikat ini bukan sahaja dilihat dari segi material, malah dari segi ilmu, iman dan taqwa. Orang yang paling beriman, bertaqwa dan berilmu ialah orang yang membawa orang lain turut sama bertaqwa, beriman dan berilmu sepertinya.


Hakikat ini semacam sudah menjadi tradisi hidup para salafussoleh. Lihat sahaja peribadi Rasulullah S.A.W, dikenali sebagai pemimpin yang berjaya, yang mana di bawah didikan beliau lahir ramai pemimpin-pemimpin lain yang berjaya dan merupakan sahabat Nabi S.A.W. Antaranya Saiyidina Abu Bakar r.a, Umar r.a, Uthman r.a, Ali k.w.j dan sebagainya. Begitu juga dalam kalangan ulama'-ulama' besar. Lihatlah betapa ramainya ulama' yang dilahirkan hasil didikan Imam Syafi'i, Ahmad Bin Hanbal, Malik dan Abu Hanifah.

Persoalannya, bagaimana hendak membawa orang lain berjaya bersama kita? Untuk itu, kita mesti amalkan sikap memberi. Kita mesti memberikan ilmu, pimpinan, panduan, kemahiran dan sebagainya yang berasaskan sumbangan bermanfaat kepada orang disekeliling kita. Jangan bakhil dalam menabur kebaikan.

P/S: Percayalah, memberi kepada orang lain samalah seperti kita memberi kepada diri kita sendiri. Setelah kita memberi, jiwa kita akan terasa lapang dan kita akan berasa diri kita dihargai oleh si penerima. Bak kata pepatah, tangan yang menghulur lebih baik daripada tangan yang menerima. Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

2 comments:

  1. hmm...betul tu, nikmat selepas memberi akan terasa apabila melihat mereka yg menerima itu gembira dan berbahagia...salam perkenalan dr saya..:)-

    ReplyDelete
  2. Wassalam. Terima Kasih kerana berkunjung..

    ReplyDelete

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger