Searching...

Kuasa Sejarah Belum Diketahui Ramai - Boleh Direka, Dimanipulasi dan Keputusannya ...?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Anda boleh lihat, sebelum muncung senapang masing-masing bakal meletus, negara-negara di dunia akan berperang dahulu menggunakan senjata ini:

'History'


Sejarah adalah salah satu komponen dalam melobi dan diplomasi. Orang yang belajar sejarah berpotensi menjadi pemimpin yang mantap. Pemimpin yang malas belajar sejarah adalah orang yang sakit.



Hari ini segala profesional, korporat dan teknokrat bekerja di bawah individu atau keluarga yang belajar sejarah dunia.


'The most powerful family in the world'

Orang akan menuntut itu dan ini berdasarkan sejarah. Israel menuntut Palestin berdasarkan sejarah Exodus. Tanah yang dijanjikan. Ini lagi pelik dan tidak logik. Selepas beribu-ribu tahun tanah Palestin bertukar tangan dengan berapa entah perjanjian para penguasa, hari ini Israel menuntut berdasarkan riwayat 'Bani Israel di Padang Sinai'. Riwayat Exodus ini seolah-olah amat berkuasa sehingga boleh mengatasi segala bagai perjanjian penguasa-penguasa yang pernah menduduki Palestin, seperti As-Syria, Rom, Kerajaan Jerusalem (dari Eropah), Kerajaan Turki Uthmaniah dan sebagainya.


Dalam era masyarakat dunia hari ini yang dikatakan bertamadun, negara-negara akan menggunakan senjata diplomasi dengan komponen sejarah untuk menyelesaikan pertikaian. Mereka akan bentang kronologi. Mereka akan buat 'cross-reference' sana sini. Segala dokumen sejarah akan muncul. Jika ini gagal, barulah muncung senapang akan meletup.

Hari ini jumlah tentera yang banyak, persenjataan yang kuat atau populasi penduduk yang menakutkan adalah khabar angin ('rumors') sahaja bagi orang yang bijak memanipulasikan tarikh-tarikh sejarah.

The number is 'nothing'. All you need is ... you win the 'jackpot'.


Kejuruteraan sejarah adalah 'secret weapon' untuk sesetengah pertubuhan yang berpengaruh dalam dunia. Para 'jurutera sejarah' akan mengumpulkan kronologi dan membina arkib manakala 'doktor sejarah' akan menyelesaikan pertikaian dan masalah berdasarkan sumber-sumber sejarah.

Jurutera biasa hanya mengawal mesin-mesin dan perkakas. Doktor hanya berkuasa ke atas pesakit. Ahli perniagaan hanya terlibat dengan pelanggannya dan sekelompok kecil manusia. Jika dia muflis, maka dia tiada kuasa apa-apa.

Tapi 'The Historian deal' dengan negara-negara dan manusia-manusia yang paling berkuasa dalam dunia.


Dalam permainan senario yang lalu, kita akan dapat menapis yang mana adalah 'political slave' dan yang mana adalah 'the little statesman'. Hamba politik suka kepada angka-angka, cepat emosi dan pandangan mereka low-class. Tapi 'negarawan kecil' akan ...

'Read Between Lines'

Mereka yang bijak akan mengkaji di sebalik senario, apa akan terjadi ... begini dan begitu ... jika mereka memilih satu keputusan popular, mereka akan bertanya,

'Berapa banyak risiko yang perlu dibayar?'

Atau berapa banyak risiko yang perlu dikurangkan berbanding keputusan yang lain.

Hamba politik gemar melihat taraf ekonomi, kekayaan segera dan keseronokan. Negarawan akan melihat nasib generasinya, masa depan tanahairnya dan ancaman musuh-musuhnya. Hamba politik membaca gosip dan khabar angin. Negarawan membaca sejarah dan risiko masa depan.

Kuasa untuk melihat risiko masa depan bergantung kepada pengetahuan yang mendalam dalam membaca kronologi masa lalu. Jika anda membaca mukasurat pertengahan sebuah novel, anda akan keliru sehinggalah anda membaca dari awal.

Namun 'The Historian' biasanya membaca kulit belakang novel.


Sinopsis

Jadi bagaimana kita boleh mendapatkan 'sinopsis'?

Melalui pengalaman sejarah.

Di mana segala angka-angka, populasi penduduk, jumlah senjata dan tentera, harta benda, wang di bank, saham, takhta dan pangkat adalah khabar angin ('rumors').

The number is 'nothing'. All you need is ... you win the 'Jackpot'.

Sumber di 'Facebook'

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger