Searching...

Melalui Punca, Maka Terbitnya Kesan Bagi Seseorang Itu Tidak Takut Kepada Tuhan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Apabila tidak kenal dan tidak takut kepada Tuhan, perkara yang sepatutnya bukan masalah akan menjadi masalah.

Kemiskinan

Kemiskinan sepertimana yang disebutkan dalam [entri ini]. Walaupun kebanyakan manusia tidak suka miskin, tapi ia bukan masalah. Bagi orang miskin yang tidak kenal dan tidak takut kepada Tuhan, kemiskinan menjadi masalah kepadanya. Bila menjadi masalah, orang tersebut akan berasa susah hati, menderita, jadi risau dan resah, maka ia akan menjadi masalah.


Masalah akan menjadi lebih parah sekiranya mereka tidak bersabar. Akhirnya mereka terdorong hendak mencuri, menipu, merompak dan mungkin membunuh orang. Bila masalah yang pertama itu wujud, iaitu tidak takut kepada Tuhan, yang tidak menjadi masalah seperti kemiskinan akhirnya turut serta menjadi masalah.


Apabila tidak takut kepada Tuhan, perkara yang bukan masalah, iaitu perkara yang disukainya pun turut menjadi masalah.

Kepandaian bukan masalah. Begitu juga dengan kekayaan, ia bukan masalah kerana semua orang suka. Berjawatan tinggi (pemimpin) pun bukan masalah sebab semua orang suka. Tetapi bila masalah yang satu itu wujud iaitu tidak takut kepada Tuhan, perkara yang bukan masalah turut menjadi masalah. Lebih-lebih lagi bila ramai manusia yang tidak sedar dan tidak faham. Sebagai contoh:


Kepandaian

Kepandaian itu bukan masalah. Tanyalah sesiapa pun. Tidak ada sesiapa pun yang pernah berkata tidak mahu menjadi pandai dengan beranggapan ianya menjadi suatu masalah bagi diri dia. Tidak ada orang yang mengatakan yang pandai itu akan menjadi penyakit kepada masyarakat.


Sebaliknya hari ini, kepandaian sudah menjadi masalah kerana tidak takut kepada Tuhan. Bila pandai tetapi tidak takut kepada Tuhan, datanglah pula sifat sombong hingga menjadi masalah. Datang rasa ego hingga menjadi masalah. Bila pandai dirinya dan tidak takut kepada Tuhan, dia menghina orang yang tidak pandai. Bukankah itu sudah menjadi masalah? Padahal kepandaian sebenarnya bukan masalah. Tetapi bila manusia tidak takut  kepada Tuhan, yang bukan masalah turut menjadi masalah. Pandai pun boleh jadi masalah. Kerana pandai, boleh menyebabkan pergaduhan.

Jadi puncanya ialah tidak takut kepada Tuhan. Tidak takut kepada Tuhan inilah yang mesti dibanteras terlebih dahulu. Inilah punca masalah. Kalau seseorang itu sedang mengalami masalah lain, maka bertambah lagilah bebanan masalahnya dan berentetan lagi masalahnya itu. Justeru itu kita mesti berkempen supaya orang ramai berasa takut kepada Tuhan.


Kekayaan

Kekayaan bukanlah masalah. Semua orang suka dan mahu menjadi kaya. Tetapi bila tidak takut kepada Tuhan, orang kaya akan melahirkan masalah seperti menjadi bakhil, tamak, sombong, melakukan pembaziran, nafsi-nafsi, menghina orang miskin dan lain-lain lagi. Dari situ timbul bermacam-macam masalah dalam masyarakat. Di sini kita lihat, betapa banyak masalah yang timbul dari sesuatu yang bukan masalah hanya kerana tidak takut kepada Tuhan.


Pemimpin

Begitu juga dengan menjadi pemimpin bukanlah satu masalah. Majoriti orang suka menjadi pemimpin atau suka dirinya dipimpin. Sama ada rakyat suka pemimpin, mahupun yang empunya diri suka menjadi pemimpin. Itu bukan masalah. Semua orang tahu itu bukan masalah. Tetapi bila tidak takut kepada Tuhan, ia menjadi suatu masalah. Misalnya bila dia sudah dapat menjadi pemimpin, maka dia akan menjadi sombong dan dia merasakan ada kepentingan bagi diri dia. 


Dia menjadi zalim lebih-lebih lagi bila hendak mempertahankan kedudukannya. Dia akan mencantas musuh-musuhnya. Dia akan merasuah seseorang supaya orang yang dirasuah itu akan mempertahankan kedudukannya. Begitulah perkara yang asalnya bukan masalah tetapi bila tidak takut kepada Tuhan, akhirnya turut serta menjadi masalah.

Entri seterusnya boleh anda lihat sejauh manakah manusia menilai masalah tentang dirinya? Boleh dilihat di [sini].

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger