Searching...

Pembahagian Sifat Semulajadi Bagi Manusia Ibarat Dua Kutub Magnet

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Berdasarkan contoh-contoh sifat semulajadi yang ada pada manusia itu, umpama dua kutub magnet yang berlawanan arah, kita dapat membahagikan sifat semulajadi tersebut (fitrah) kepada dua bentuk iaitu: 

i. Positif (sifat-sifat baik) 
ii. Negatif (sifat-sifat jahat) 


Allah S.W.T menentukan bahawa setiap manusia dibekalkan dengan sifat semulajadi yang baik dan yang buruk. Hal ini adalah untuk menguji manusia, siapakah yang baik dan siapa pula yang tidak. Allah S.W.T berfirman:

وَهَدَيْنَاهُ النَّجْدَيْنِ

Maksudnya: "Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan (jalan kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi)?" (Surah Al Balad ayat 10).


Firman Allah S.W.T lagi: 

قَدْ أَفْلَحَ مَنْ زَكَّاهَا  وَقَدْ خَابَ مَنْ دَسَّاهَا 

Maksudnya: "Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang membersihkan hatinya (nafsunya) dan rugilah orang yang mengotorinya." (Surah Asy Syams ayat 9-10).

Berdasarkan Firman Allah S.W.T di atas, maka kita boleh merumuskan kata-kata Allah berdasarkan lirik lagu di bawah yang dinyanyikan oleh kumpulan 'Snada' yang bertajuk 'Demi Matahari':

Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi

Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya

Allah, Subhanallah … Allah, Subhanallah
Allah, Subhanallah … Allah, Subahanallah

Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikan-Nya
Merugi bagi yang mengotori-Nya ... Subhanallah


Dan di bawah pula adalah klip video lagu ketuhanan bagi lirik lagu di atas, sama-sama kita saksikan:


Antara sifat-sifat jiwa yang positif ialah : 
  1. Rasa terhutang budi atau ingin membalas budi dan berterima kasih pada orang yang berjasa.
  2. Simpati atau belas kasihan kepada orang susah dan teraniaya.
  3. Rasa cinta kebaikan dan kebenaran.
  4. Rasa bertuhan yakni mahu menyembah Tuhan, memohon pertolongan dan mengingatinya diwaktu susah.
  5. Rasa malu dengan perkara-perkara yang aib.
  6. Rasa ingin membela atau menolong pihak yang benar.
  7. Rasa bersalah bila terbuat kejahatan. 
Antara sifat-sifat jiwa yang negatif ialah : 
  1. Rasa megah atau sombong dengan kejayaan dan keistimewaan.
  2. Rasa marah terhadap orang yang menyusahkan atau menghina.
  3. Rasa dendam terhadap orang yang buat jahat pada kita.
  4. Rasa takut.
  5. Dengki dengan kelebihan orang lain dan gembira dengan kegagalan mereka.
  6. Tamak dengan dunia; tidak pernah cukup atau tidak puas.
  7. Ingin lebih, ingin dipuji.
  8. Rasa rendah diri dengan kekurangan diri.
  9. Benci dengan makhluk yang hina dan lemah. 

Sifat-sifat positif yang Allah bekalkan pada manusia itu, Allah perintahkan agar ia disuburkan, dididik dan diamalkan dalam kehidupan. Untuk itu Allah gariskan panduan syariat tentang bagaimana sifat-sifat yang baik itu boleh disuburkan dan dijadikan akhlak bagi diri manusia dan sikap dalam kehidupan manusia. Sebaliknya terhadap sifat-sifat yang negatif Allah perintahkan ianya dikikis dari jiwa dan tidak diamalkan dalam kehidupan. Allah juga telah menunjukkan cara bagaimana bermujahadah membuangnya boleh dilakukan.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger