Searching...

Penjenamaan Semula Imej Islam Adalah Untuk Menjadi Profesional?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Langkah pertama dalam usaha membaiki diri atau membangunkan modal insan ialah perlu dijelaskan dahulu bentuk bagaimanakah tenaga manusia yang kita inginkan itu. Imej umat Islam yang buruk dan negatif ini perlukan satu proses rebranding (penjenamaan semula) secara menyeluruh. Kita tidak perlukan ajaran baru tetapi kita sangat perlukan pendekatan kontemporari dan huraian yang segar untuk kembali memahami, menghayati dan mengamalkan ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W.

Usaha ini sangat perlu kerana sudah kerap kali Islam terhukum oleh kelemahan umatnya sendiri. Walaupun kita boleh berhujah, namun kelemahan umat Islam bukanlah bukti kelemahan ajaran Islam, tetapi dunia akan terus tertanya-tanya.

"Kalau begitu, di manakah keupayaan Islam dalam memacu kejayaan dan kecemerlangan umatnya? Apakah keindahan dan kesempurnaan ajaran Islam itu hanya satu utopia (negara yang dicita-cita dengan sistem politik yang sempurna) yang wujud dalam teori dan sejarah Islam semata-mata?"


Mukmin yang pakar lagi profesional adalah satu bentuk gagasan baru untuk menangani cabaran-cabaran tersebut. Umat Islam yang sedang mengalami kemunduran dan kelemahan dari sudut rohani dan material ini perlukan satu proses rebranding dari segi imej dalaman dan luarannya, agar dilihat lebih produktif, cintakan kedamaian dan unggul dari pada semua aspek kehidupan.

Usaha penjenamaan semula ini perlu didahului oleh proses rebuilding (pembinaan semula) dari segi pembangunan summber manusia (modal insan). Ini kerana manusia berstatus muslim sebagai faktor pemula (prime cause) yang akan mencorakkan imej Islam itu sendiri. Jika Islam telah digelapkan oleh umat Islam itu sendiri, maka untuk menyerlahkan kembali cahaya Islam itu, maka umat Islamlah yang perlu diproses dan dibangunkan terlebih dahulu.

"Soalnya, apakah bentuk atau imej umat Islam yang hendak kita bina? Apakah  kita sudah ada gambaran yang jelas berkenaan dengan produk terakhir (end product) yang hendak kita hasilkan? Ataupun kita masih lagi tercari-cari atau teraba-raba? 




Seterusnya bersambung ke entri seterusnya yang bertajuk, [Dasar Pengambilan yang manakah untuk dijadikan modal insan yang diidamkan?"] Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger