Searching...

Peringkat Daya Pemikiran Manusia Secara Kasar Yang Belum Diketahui Ramai.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Allah telah menjadikan kemampuan tenaga manusia, sama ada tenaga lahirnya mahupun tenaga batinnya tidak sama di antara satu sama lain. ini sudah tentu mempunyai hikmah yang tersirat; yang kebaikannya pasti kembalikepada manusia itu sendiri. Sama ada untuk kebaikan individu mahupun masyarakat umum. Kita tidak memahami apa maksud sebenar Allah melakukan demikian itu. Sebagai hamba, kita hanya meyakini pasti ada hikmah yang tersirat  di atas kehendak-kehendak atau ketentuan Allah Yang Maha berkuasa itu.



Di sini saya tidak akan memperkatakan tentang tenaga lahir; kerana tenaga lahir manusia mudah disaksikan dan mudah pula difahami oleh kebanyakan manusia. Umpamanya kita boleh lihat manusia mengangkat berat, boleh menumpas lawan, boleh mengalahkan musuh, boleh membelah bumi, boleh melompat tinggi, berlari laju, berenang dan sebagainya. Pada saya, semua itu mudah difahami oleh semua peringkat manusia. Tapi apa yang saya hendak perkatakan di sini ialah tentang perkara yang tidak mudah difahami oleh manusia umum iaitu tentang tenaga yang bersifat batiniah iaitu tenaga berfikir (IQ) manusia.



Secara umumnya daya pemikiran atau kemampuan fikiran yakni IQ (intelligent quotient) atau tahap kecerdikan manusia di dunia ini boleh dibahagikan kepada empat kategori:

  1. [Golongan IQ luar biasa (genius IQ)].
  2. [Golongan IQ cerdik biasa].
  3. [Golngan IQ sederhana].
  4. [Golongan IQ lemah].

Dalam entri seterusnya iaitu [Ketahui ciri-ciri golongan cerdik yang luar biasa], saya akan huraikan satu persatu secara ringkasan. Mudah-mudahan ianya juga boleh dijadikan bahan berfikir dan penilaian kita bersama.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger